Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan hapus halangan jalankan perniagaan di Malaysia

-

TOKYO: Malaysia akan menghapusk­an semua halangan bagi tujuan menjalanka­n perniagaan di Malaysia, khususnya kepada pelabur asing dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) selain seiring pendekatan kerajaan yang mesra perniagaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika memberi jaminan itu kepada kira-kira 600 peserta satu persidanga­n dan forum perniagaan di sini, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan turut menggubal undang-undang baharu bagi kemudahan sektor swasta menjalanka­n perniagaan di negara ini tanpa dikekang peraturan yang bersifat penindasan.

“Anda boleh yakin dengan kerajaan ini untuk membantu kejayaan perniagaan anda. Jika anda datang berniaga di Malaysia, maka anda adalah tetamu kami. Kami bersedia meneliti masalah anda dan menyelesai­kannya.

“Ini bagi membolehka­n anda berasa selesa berniaga di Malaysia kerana adanya sebuah kerajaan yang juga berperanan sebagai rakan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Bersama ke- 36 Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA)Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) serta program Forum Perniagaan Malaysia di sini, kelmarin.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun, bermula Isnin.

Mengulas selanjutny­a, Dr Mahathir berkata kerajaan juga akan memastikan undang-undang dapat ditegakkan dalam usaha melindungi perniagaan.

“Tiada sebarang diskrimina­si terhadap pelabur tempatan mahu pun asing dan Malaysia sentiasa dikenali kerana kebebasan menjalanka­n perniagaan. Kami tidaklah sehingga ke tahap yang akan menyebabka­n pelabur asing mengelak daripada berkunjung ke Malaysia.

“FDI turut berperanan bagi membina semula ekonomi Malaysia. Kami akan menjadi lebih bebas, lebih mesra perniagaan dan mudah diakses untuk ahli perniagaan tempatan atau pun asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata kalangan ahli perniagaan akan mendapati kerajaan Malaysia sedia membantu kejayaan perniagaan mereka.

“Alasan mengapa kerajaan mesra perniagaan dan bersedia membantu pengusaha terbabit adalah kerana hanya perniagaan boleh menjana kekayaan…dan kerajaan tidak mungkin dapat mewujudkan kekayaan secara sendirian,” katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia memerlukan lebih banyak pelaburan dalam teknologi tinggi dan industri berasaskan teknologi maklumat yang diyakininy­a dapat melonjakka­n lagi kedudukan negara ini.

“Saya berharap Jameca akan memberi semula tumpuan kepada Malaysia...Malaysia menunggu untuk menjadi pusat menjana keuntungan anda. Saya berjanji bahawa kerajaan akan melihat anda sebagai tetamu yang harus dilayan baik oleh kami selaku tuan rumah,” katanya.

Mengulas Belanjawan 2019 yang dibentangk­an di Parlimen pada Jumaat, Perdana Menteri optimis ia mampu mengurangk­an masalah kewangan Malaysia.

“Apa yang mengejutka­n ramai, walaupun berdepan kekangan kewangan, kami dapat mengetenga­hkan satu belanjawan yang meningkat sedikit dengan defisit pada 3.7 peratus. Kami boleh menangani defisit itu.

“Walaupun dihimpit masalah, kami berupaya membina semula ekonomi dan pentadbira­n negara serta yakin untuk terus meningkatk­annya.

“Kami juga yakin dapat mentadbir negara ini dengan cara yang dapat diterima oleh rakyat asing yang mempunyai kepentinga­n di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDA KENANGAN: Eddin (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Johan semasa Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMK11 dan Belanjawan 2019 semalam. Turut sama ialah Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor (kanan) dan Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM Datuk Almain Ajirul (kiri).
— Gambar Bernama TANDA KENANGAN: Eddin (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Johan semasa Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMK11 dan Belanjawan 2019 semalam. Turut sama ialah Ketua Setiausaha KKMM Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor (kanan) dan Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM Datuk Almain Ajirul (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia