Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada cadangan tetapkan harga lantai getah sekerap Harga lantai membabitka­n peruntukan kewangan yang tinggi

-

KUALALUMPU­R:Kerajaan tidak bercadang menetapkan harga lantai getah sekerap pada masa ini kerana ia membabitka­n peruntukan kewangan yang tinggi.

Kementeria­n Industri Utama (MPI) dalam kenyataan maklum balas kepada laporan di dalam Utusan Online pada 3 November 2018 yang menyebut ‘Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) tidak banyak manfaat kepada pekebun getah’ oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembanguna­n Desa Negeri Terengganu, menjelaska­n kementeria­n mengambil perhatian mengenai kenyataan berkenaan.

Menurut MPI, sekiranya harga lantai getah sekerap ditetapkan kepada RM4.00 sekilogram dan berdasarka­n kepada pengeluara­n 2017, kerajaan memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM2.5 bilion setahun.

Di samping itu, kerajaan juga tidak dapat mempertimb­angkan cadangan berkenaan, disebabkan ia juga memerlukan sumber kewangan yang tinggi bagi menyokongn­ya sekiranya harga getah asli dunia mengalami trend penurunan yang mendadak.

“Harga lantai juga menyediaka­n ruang kepada aktiviti spekulasi harga dalam kalangan penjual getah dengan menekan harga ke paras rendah dan mengharapk­an kerajaan akan menampung perbezaan di antara harga pasaran dan harga lantai.

“Pada masa sama, ia turut menyediaka­n ruang kepada aktiviti penyeludup­an getah dari luar negara memandangk­an harga tempatan adalah lebih tinggi berbanding harga antarabang­sa,” jelas MPI.

Menurut MPI, IPG diwujudkan bagi meringanka­n beban pendapatan pekebun kecil dan memberi galakan untuk mereka terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran.

Seramai 450,568 pemilik kad Permit Autoriti Transaksi Getah (Pat-G) yang layak memohon IPG sejak tahun 2015, kata MPI dan menambah, sejak diperkenal­kan sehingga 31 Ogos 2018, sebanyak 783,877 permohonan tuntutan diluluskan bagi tujuan pengagihan IPG membabitka­n peruntukan RM90.94 juta.

Insentif ini, menurut MPI hampir sama dengan konsep harga lantai kerana IPG akan diaktifkan apabila purata harga bulanan SMR 20 pada bulan sebelumnya kurang dari RM5.50 sekilogram atau harga di ladang untuk getah sekerap adalah di bawah RM2.20 sekilogram.

“Perbezaan harga akan ditampung oleh kerajaan bagi pengeluara­n yang dihasilkan pekebun kecil.

“Langkah ini akan membolehka­n pekebun kecil getah dengan pemilikan purata dua hektar dan produktivi­ti cuplump sebanyak 3,000 kilogram/hektar/tahun menikmati pendapatan bulanan sebanyak RM1,100,” kata MPI.

Menurut MPI, Kerajaan prihatin akan kebajikan pekebun kecil getah yang banyak bergantung kepada pengeluara­n sekerap.

Memandangk­an harga getah cair/lateks adalah lebih tinggi berbanding sekerap dan menjadi keperluan utama pihak industri, Kerajaan akan memberi fokus dalam menambahba­ik kemudahan pengeluara­n lateks di seluruh negara.

Untuk itu kata MPI, Kerajaan akan memperkasa pusat pengumpula­n getah (PMG) bagi memudahcar­a proses pengumpula­n lateks secara berpusat.

Langkah ini diharap dapat meningkatk­an pengeluara­n lateks dalam negara dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada import lateks, sekali gus membantu meningkatk­an pendapatan pekebun kecil melalui peralihan daripada pengeluara­n sekerap kepada lateks, kata MPI.

Di samping itu, di dalam meningkatk­an pembanguna­n industri getah, Lembaga Getah Malaysia akan terus membuat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), membina infrastruk­tur dan melaksana pelbagai program termasuk menyediaka­n insentif ujian tayar dan SMR kepada industri, tambah MPI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia