Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan Induk Perkapalan Malaysia perlu dikemas kini

-

KUALA LUMPUR: Dasar industri maritim seperti Pelan Induk Perkapalan Malaysia perlu dikemas kini dengan elemen Industri 4.0 bagi memperkuku­hkan sumbangan industri berkenaan kepada ekonomi.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Ong Kian Ming, berkata sedikit perhatian diberikan kepada Industri 4.0 memandangk­an pemikiran di belakang industri ini sebelum ini tidak begitu matang.

“Dengan pelancaran dasar Industri 4.0 baru-baru ini dan insentif yang diumumkan pada Belanjawan 2019, saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk kita bekerja dengan industri berkenaan.

“Pemain industri yang ingin bergerak bagi mencapai piawaian Industri 4.0 boleh melakukann­ya dengan dasar baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Ekspo Marin Antarabang­sa Malaysia 2018, di sini, semalam.

Industri pembinaan kapal dan baik pulih kapal di Malaysia, yang mana adalah sebahagian daripada industri marin, pada masa ini menggaji 15,000 orang dan merekodkan jumlah dagangan RM6.1 bilion pada 2017.

Malaysia kini berada di kedudukan ke- 18 negara terbesar pembina kapal.

Ong menekankan bahawa fokus akan diberikan kepada pemain kecil industri maritim untuk menerima pakai Industri 4.0.

“Adalah diharapkan bahawa kita dapat membantu mereka untuk bekerja bersama pemain besar bagi melihat bidang mana dalam Industri 4.0 yang paling penting dan relevan kepada mereka, dan kemudian menjajarka­n struktur insentif baharu dalam lingkungan bajet dan dasar Industri 4.0 supaya kita boleh memberi tumpuan khas kepada sektor ini kerana terdapat 11 komponen dalam Industri 4.0,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ong berkata, industri pembinaan dan baik pulih kapal Malaysia dipacu oleh pemain tempatan dengan keupayaan menampung sektor angkatan laut dan komersial kira-kira 100 limbungan kapal di Malaysia dengan majoriti di Sabah dan Sarawak.

“Terdapat banyak peluang untuk sektor ini berkembang terutama dalam reka bentuk kapal, pengeluara­n alat ganti dan komponen, sistem bersepadu dan pengeluara­n peralatan marin,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia