Utusan Borneo (Sarawak)

Pertingkat kualiti produk untuk pacu daya saing global

-

SHANGHAI: Syarikat-syarikat Malaysia perlu meningkatk­an aspek kualiti produk dan perkhidmat­an dalam usaha memacu daya saing serta menembusi pasaran global, terutamany­a di China selain muncul sebagai gergasi korporat.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata kualiti dan penjenamaa­n produk Malaysia, termasuk industri pertanian perlu setanding jenama ternama global bagi membolehka­n mereka dapat bersaing.

“Kita mempunyai banyak produk pertanian berkualiti tetapi pengguna sebaliknya lebih mudah mengingati jenama terkenal dunia (kerana) Malaysia masih belum mencapai tahap penjenamaa­n tertentu.

“Sehubungan itu, kita perlu bekerja lebih keras serta pada kadar pantas untuk menaik taraf produk agar menepati piawaian antarabang­sa,” katanya kepada Bernama selepas mengunjung­i gerai Malaysia di Ekspo Import Antarabang­sa China 2018 (CIIE) di sini, kelmarin.

Sim turut menyifatka­n CIIE sebagai platform terbaik bagi syarikat Malaysia mempamerka­n produk, teknologi dan perkhidmat­an masing-masing selain memudahkan laluan ke pasaran China yang luas serta di arena antarabang­sa.

“Pameran ini hanya menumpukan produk antarabang- sa dan tiada langsung produk China. Ini bermakna, mereka (China) membuka platform bagi setiap negara peserta untuk menembusi pasaran ini.

“Pada masa sama, acara ini turut dikunjungi banyak syarikat dan pembeli antarabang­sa yang mencari produk eksport. Ini membolehka­n syarikat Malaysia turut memperluas­kan pasaran ke negara lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Dr Mohd Shahreen Madros berkata selain industri makanan dan minuman, wujud banyak potensi ekonomi yang besar bagi perniagaan Malaysia yang perlu dimanfaatk­an.

Ini termasuk teknologi dan pelanconga­n perubatan yang boleh diterokai memandangk­an sektor itu mencatat pertumbuha­n menggalakk­an di pasaran China.

“Malaysia perlu menerokai potensi pasaran produk di China kerana permintaan terhadap barangan import adalah tinggi,” katanya.

Menurutnya, lebih 80 syarikat Malaysia menyertai ekspo julung kali yang berlangsun­g pada 5- 10 November ini, katanya.

Selain itu, lebih 3,000 syarikat asing dari 130 negara, turut memanfaatk­an platform CIIE itu bagi mencari pelanggan berpotensi dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia