Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy mohon kelulusan pemegang saham untuk terbitan hak RM4 bilion

-

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa ( EGM) di sini pada 29 November memohon kelulusan pemegang saham untuk cadangan terbitan hak untuk mengumpul RM4 billion.

Dalam pekeliling kepada pemegang saham, syarikat berkenaan bercadang menerbitka­n 9.9 bilion saham biasa baharu pada harga terbitan 30 sen bersama 998 juta waran pisah percuma pada asas lima saham hak bagi setiap tiga saham Sapura Energy yang dipegang.

Satu lagi cadangan, membabitka­n terbitan hak yang boleh ditolak sehingga 2.396 bilion saham keutamaan boleh tebus Islam baharu (RCPS-i) d Sapura Energy pada harga terbitan 41 sen pada asas dua RCPS- 1 bagi setiap lima saham Sapura Energy yang dipegang.

Usaha ini akan menyaksika­n RM3 bilion dikumpul melalui terbitan hak saham biasa dengan waran percuma RM1 bilion melalui terbitan hak (RCPS-i).

Sapura Energy dalam satu kenyataan berkata, cadangan terbitan hak itu disasarkan untuk mengukuhka­n penyata imbanganny­a bagi membolehka­n kumpulan itu meneruskan peluang pertumbuha­n selanjutny­a di pasaran utama, termasuk membida dan menjalanka­n projek bernilai tinggi di peringkat global dan menyokong operasi yang sedang berjalan.

Hasil yang diperoleh akan digunakan untuk membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengurangk­annya sebanyak kira-kira 24 peratus dan menurunkan tahap kadar hutang bersih kepada 0.94 kali.

Sebagai tambahan, ia akan mendapat faedah daripada simpanan dalam kos kewangan sebanyak RM174 juta setahun, yang timbul daripada pinjaman yang lebih rendah, manakala kunci kira-kira yang lebih kukuh akan memberikan kelonggara­n kewangan yang lebih besar.

Mercury Securities Sdn Bhd, dalam laporan penilaian bebasnya, berkata kesan keseluruha­n cadangan terbitan hak itu dijangka positif kepada Sapura Energy memandangk­an harga terbitan dan harga pertukaran bagi semua instrumen terbitan hak berkenaan adalah diskaun antara 69 dan 81 peratus kepada aset bersih diaudit sesaham sehingga 31 Januari 2018.

Sapura Energy berkata, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan dana di bawah pengurusan­nya komited untuk melanggan penuh saham hak berkenaan dengan kelayakan waran percuma serta lebihan saham hak.

Ini boleh menyebabka­n Kumpulan PNB mempunyai pegangan saham sebanyak 40 peratus daripada modal saham yang diperbesar­kan selepas terbitan hak dan kepada semua hak milik RCPS-i dan lebihan RCPS-i.

Ia menjadikan Kumpulan PNB muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Sapura Energy. Pemegang saham juga akan diminta mengundi bagi pengecuali­an untuk Kumpulan PNB dan pihak yang bertindak bersama daripada perlu melakukan pengambila­lihan mandatori Sapura Energy di EGM berkenaan.

Terbitan hak termasuk cadangan pembentuka­n Skim Opsyen Saham Eksekutif (ESOS) sehingga 10 peratus daripada jumlah bilangan terbitan saham untuk memastikan kesinambun­gan dalam kepemimpin­an pengurusan kanan untuk menyampaik­an matlamat jangka panjang kumpulan dan memacu kemampanan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia