Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar penanaman durian Musang King Jumaat ini

- Oleh Eric Edward

MIRI: David Chen, pengusaha sebuah nurseri di Lopeng sini, akan menganjurk­an satu seminar penanaman durian Musang King pada Jumaat, 9 November ini di dewan pejabat Dewan Perniagaan Dan Perindustr­ian Cina, Miri.

Bertemakan ‘Berjaya Dalam Penanaman Durian Musang King,’ seminar yang diadakan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin bermula dari jam 7 malam ini merupakan seminar kedua yang dianjurkan beliau selepas yang pertama diadakan pada 10 Ogos lepas di tempat sama.

Dalam temu bual dengan Utusan Borneo, Chen berkata seminar beliau mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada warga Miri pada seminar lepas dan ramai juga peserta meluahkan masalah kepadanya tentang penanaman pokok durian Musang King ini.

Disebabkan ini, Chen mempelawa para penanam untuk menghadiri seminar yang singkat ini di mana beliau akan berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar segala aspek penanaman secara saintifik dan organik, iaitu tanpa menggunaka­n sebarang racun.

Ujarnya, beliau tidak kedekut ilmu dan bemurah hati untuk berkongsi pengala- man dan teknik penjagaan durian Musang King ini.

Beliau juga akan berkongsi pengalaman para petani yang telah berjaya dalam penanaman pokok durian Musang King ini bermula daripada anak pokok sehingga menghasilk­an buah.

Selain teknik penjagaan, kini para penggemar durian Musang King boleh menanam pokok ini walaupun tidak memiliki tanah atau ruang untuk menanamnya di rumah mereka.

Ini kerana Chen telah menyediaka­n sebidang tanah di Tukau sini yang dapat memuatkan sebanyak 150 pokok dan mereka yang berminat boleh membeli sepohon anak pokok dengan harga yang akan dinyatakan dalam seminar ini nanti.

Setelah membuat pembelian, para petani atau sesiapa sahaja yang berminat dalam penanaman durian Musang King, pada hujung minggu, boleh datang ke kebun David Chen untuk menguruska­n penanaman pokok mereka masing-masing (umpamanya membuang rumput dan memberi baja). Chen sendiri akan menguruska­n penanaman pokok pada hari-hari biasa (selain hujung minggu).

Tambah beliau lagi, dengan teknik penjagaan betul, sepohon pokok dapat berbuah setelah lima tahun dan dapat menghasilk­an 30 biji atau lebih buah durian dalam setahun terutamany­a semasa musim buah.

Menanam pokok durian Musang King juga merupakana pelaburan yang boleh memberi pulangan lumayan, katanya lagi.

Mengakhiri temu bual, Chen ada menyatakan bahawa beliau telah menubuhkan sebuah pusat mengumpul buah yang terletak di Jalan Wong King Huo, Sibu.

Dengan beroperasi­nya pusat ini, para petani tidak perlu menjual sendiri hasil buah durian mereka dan boleh menjualnya terus kepada Chen.

Penyertaan seminar ini adalah percuma dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Dewan Perniagaan Dan Perindustr­ian Cina, Miri di talian 085-432570. Untuk makluman, penyertaan ke seminar ini adalah terhad kepada 150 peserta sahaja. Justeru, sesiapa yang berminat dinasihatk­an menempah penyertaan mereka dengan menghubung­i nombor telefon yang tertera di atas.

Para peserta juga boleh melawat nurseri beliau yang terletak di Lot 1144 Jalan Hainam di Lopeng di sini. Mereka boleh menelefon Charlene di talian 016-5556695 atau Cynthia di talian 016-5557172 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Nurseri ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia