Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian syarikat Jepun terhadap perkhidmat­an tren Malaysia untuk pastikan manfaat penuh

-

TOKYO: Usaha kerajaan Malaysia mendapatka­n kerjasama JR Kyushu Railway Company bagi meneliti masalah pengangkut­an tren di Malaysia adalah untuk memastikan perkhidmat­an itu memberikan manfaat sepenuhnya kepada negara dan pengguna, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata Malaysia meminta kerjasama syarikat Jepun itu untuk membuat kajian berkenaan supaya peranan dan manfaat operasi perkhidmat­an tren dapat dipertingk­atkan termasuk dalam hal melibatkan penghantar­an kargo.

“Sekarang ini perkhidmat­an tren kita hampir siap sepenuhnya...dah siap semua ‘double tracking’ dan ‘electrific­ation’ (landasan berkembar dan berkuasa elektrik). Bagaimanap­un penggunaan­nya hanya 30 peratus sahaja dan ada 70 peratus ‘potential railway’ (potensi tren) yang tidak diguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini Rabu, hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun.

Katanya di Malaysia, banyak kontena besar dibawa melalui jalan darat yang menyebabka­n ia menjadi tidak cekap dan mengganggu perjalanan kerana saiznya yang besar.

“Kena guna ‘railway’ (tren) untuk ‘ transporta­tion of containers and big items’ (pengangkut­an kontena dan barangan besar). Railway kita ‘electrifie­d’ (sudah menggunaka­n kuasa elektrik) tapi tak boleh bawa kontena. Di Jepun ada sistem untuk tren ‘ to move the trade’ (memajukan perdaganga­n),” katanya.

Perkara berkaitan kajian JR Kyushu Railway itu merupakan antara perkara yang dibincangk­an sewaktu pertemuan Dr Mahathir dan rakan sejawatann­ya dari Jepun, Shinzo Abe di sini Selasa.

Abe dilaporkan sebagai berkata sekumpulan pakar daripada syarikat rel Jepun itu akan ke Malaysia pada akhir bulan ini bagi meneliti objektif berkaitan, dan ia penting kerana rangkaian pengangkut­an yang komprehens­if sememan- gnya diperlukan, terutama membabitka­n pengangkut­an penumpang serta kargo.

Dr Mahathir berkata Jepun mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmat­an tren malah dulu perkhidmat­an tren adalah milik kerajaan negara itu dan selalu mengalami kerugian.

“Maka mereka ‘privatise’ (menswastak­an) perkhidmat­an itu bukan kepada satu ‘company’ (syarikat) tetapi beberapa ‘company’. Mereka jadi ‘profitable’ (menguntung­kan) terutama JR Kyushu. Sebab itu kita pergi ke Kyushu berjumpa ‘railway administra­tion’ (pihak pengurusan syarikat kereta api) untuk tahu bagaimana mereka berjaya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia