Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal berperanan sebagai sinergi kepada interaksi antara syarikat

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) mengembang­kan rangkaian dan sumbernya menerusi pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) dengan lima rakan kongsi berkaitan revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus berkata lima agensi tersebut adalah tambahan kepada kumpulan lain yang dipanggil Myedtech Community yang MTDC telah memeterain­ya lebih awal lagi dan akan menjadi rakan kongsi utama syarikat itu ke arah inisiatif Industri 4.0.

“MTDC, dengan bantuan rakan kongsi akan berperanan sebagai sinergi kepada interaksi antara syarikat, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat lebih besar yang mahu mendapatka­n penyelesai­an Industri 4.0,” katanya kepada pemberita selepas prapelanca­ran hab Industri 4.0, Centre of 9 Pillars (Co9P), dekat sini, semalam.

Lima rakan kongsi tersebut adalah Malaysian Robotics and Automation Society, Malaysia lnternet-of-Things Associatio­n, RESPECT Business and Advanced Technology Solutions Sdn Bhd of Universiti Teknologi Malaysia, Research Triangle Institute dan Human Life Advancemen­t Foundation.

Norhalim berkata Co9P yang dibina berdasarka­n konsep berasaskan komuniti sebagai pusat khusus untuk Industri 4.0 dilengkapi makmal pembuatan dan ruang kerja bersama bagi membolehka­n PKS mencari jalan penyelesai­an Industri 4.0 tempatan untuk proses sedia ada mereka.

Beliau berkata pusat tersebut dilengkapi peralatan yang diperlukan bagi membolehka­n pembuktian konsep (PoC) dan prototaip dibangunka­n sebagai sebahagian daripada kos penyelesai­an yang diimport.

“Pusat tersebut akan menempatka­n rakan kongsi Industri 4.0 dan syarikat-syarikat ekosistem yang berkaitan dan memudahcar­a rang- kaian bersama profesiona­l perniagaan, penyelidik, ahli akademik dan pakar industri untuk bekerjasam­a membangunk­an ekosistem Industri 4.0 tempatan.

“Pusat itu juga akan membantu kami mengenal pasti bakat tempatan serta mencipta dan membangunk­an usahawan teknologi 4.0,” katanya.

Selain menyediaka­n penyelesai­an, rakan kongsi MTDC juga akan bekerjasam­a dengan Akademi Latihan Usahawan Teknologi MTDC untuk menggunaka­n kemudahan di Co9P bagi menyediaka­n kemahiran dan latihan Industri 4.0 kepada industri dan ahli akademik, katanya. — Bernama

 ??  ?? KONGSI ILMU: Chen bergambar di nurseri beliau di Lopeng, Miri.
KONGSI ILMU: Chen bergambar di nurseri beliau di Lopeng, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia