Utusan Borneo (Sarawak)

Pendapatan­nya hanya RM500-RM600 untuk enam sekeluarga

-

ALOR SETAR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, demikianla­h kehidupan sebuah keluarga di Taman Tunku Yaacob di sini, yang kini terpaksa bergantung pada ihsan jiran tetangga bagi meneruskan kehidupan selepas satu-satunya pencari nafkah keluarga Sumardy Mohemed, 42, disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada April lalu.

S u m a r d y b e r k a t a kehidupann­ya bersama isteri, Mazlina Omar, 41 dan empat anak mula terjejas sejak tiga tahun lalu apabila Mazlina menghidap penyakit saraf yang memaksanya berhenti kerja sebagai kerani di sebuah bank.

“Selepas i tu, saya menanggung keluarga dengan berniaga kad prabayar serta baju kemeja di pasar pagi di sekitar Alor Setar. Namun sejak disahkan menghidap kanser limfoma, saya tidak dapat keluar berniaga sekerap dulu kerana badan menjadi tidak bermaya selepas menjalani kemoterapi,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menurutnya jika sebelum ini dia mampu memperoleh sekitar RM1,200 sebulan kini pendapatan­nya sekitar RM500 dan RM600, sekali gus menyukarka­nnya menanggung perbelanja­an keluarga serta persekolah­an anak- anak yang berusia empat hingga 16 tahun.

Sementara itu, Mazlina berkata akibat penyakit yang dideritain­ya, pergerakan­nya terbatas selain tidak mampu memegang mahupun mengangkat barang.

“Saya bersyukur anakanakny­a sangat memahami kehidupan pada ketika ini dan banyak membantu menguruska­n bapa mereka dan saya sendiri dengan mengemas serta memasak terutama anak sulung berusia 16 tahun apabila pulang dari sekolah,” katanya.

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang berkata pihaknya akan menyumbang pakaian seragam sekolah kepada tiga anak pasangan tersebut menerusi Projek Kembali ke Sekolah CSM.

Menerusi program itu anak- anak pesakit kanser akan menerima set pakaian sekolah lengkap serta beg dan alat tulis bernilai RM100, katanya menambah tahun ini seramai 100 pelajar terpilih dalam program itu.

Orang ramai yang ingin membantu Sumardy boleh menghubung­inya di talian 010- 3186615 atau menghulurk­an sumbangan terus ke akaun Maybank miliknya ( 1521701575­93). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISAMBUT BAIK: Lay (kiri) ceria selepas menerima replika kunci yang diserahkan oleh Yap (dua kiri) bersama Wan Ishak (tiga kiri) pada program Projek Mesra Rakyat TNB di Kampung Seri Mambau, Seremban semalam.
— Gambar Bernama DISAMBUT BAIK: Lay (kiri) ceria selepas menerima replika kunci yang diserahkan oleh Yap (dua kiri) bersama Wan Ishak (tiga kiri) pada program Projek Mesra Rakyat TNB di Kampung Seri Mambau, Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia