Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL meluluskan 102 projek di bawah Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2020

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 102 projek pembanguna­n diluluskan di bawah Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2020, 74 lagi masih di peringkat kajian, dan176 projek pembanguna­n disemak semula bagi menyiasat sama ada ia memenuhi syarat atau bercanggah dengan Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2020 yang baru diwartakan pada 30 Okt lepas.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata ada beberapa projek pembanguna­n yang sudah diluluskan sebelum ini, yang mana perintah pembanguna­n dikeluarka­n dan pembayaran harga projek juga sudah dibuat, namun dihentikan kerana bercanggah dengan pelan KL ( Kuala Lumpur) 2020.

Beliau berkata pihaknya mengkaji balik semua 176 projek itu menerusi 11 kategori dalam pelan KL, dengan mengambil kira faktor-faktor seperti sejarah permohonan pembanguna­n, harga tanah, had ketinggian bangunan serta lokasi.

“Perkara-perkara itu perlu bincang dan diteliti bagi mencari penyelesai­an sesuai sebelum kami meluluskan dan mengkaji semula projek-projek itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Bilangan 3/2018 di sini semalam.

Menurut Khalid, semua projek-projek yang disemak itu merangkumi pembinaan rumah mampu milik dan rumah transit yang setiap satunya bernilai kira-kira RM100 juta.

“Kami mempercepa­tkan semakandan­kelulusani­tukerana tidak mahu membebanka­n sesetengah pemaju yang membuat pembayaran melalui pinjaman bank bagi memulakan projek mereka. Projek-projek yang masih dalam kajian itu ada yang membuat rayuan untuk mendapat kelulusan dan kami turut beri cadangan pembanguna­n kepada pemaju supaya menukar pelan atau struktur pembanguna­n berdasarka­n pelan KL 2020 itu,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata lapan anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) dimuktamad­kan dan akan diumumkan setelah mereka diberi watikah pelantikan tidak lama lagi dan daripada jumlah itu empat anggota terdiri daripada anggota parti politik dalam Pakatan Harapan yang juga golongan profession­al.

Dalam perkembang­an lain, Khalid berkata semua dewan orang ramai yang dibina di bawah Unit Penyelaras­an Pembanguna­n, Jabatan Perdana Menteri di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur akan diambil alih oleh DBKL.

“DBKL akan membuat keputusans­amaadadewa­norang ramai itu akan diserah kepada siapa untuk diuruskan, jika tiada, maka ia akan dikendalik­an oleh pejabat cawangan DBKL sendiri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARUS DIKAJI SEMULA: Khalid (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah di Menara DBKL, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kiri).
— Gambar Bernama HARUS DIKAJI SEMULA: Khalid (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah di Menara DBKL, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia