Utusan Borneo (Sarawak)

TNB membaiki 151 rumah melalui Projek Mesra Rakyat

-

SEREMBAN: Tenaga Nasional Bhd ( TNB) telah membaiki sebanyak 151 rumah melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) di 12 negeri di Semenanjun­g setakat ini, kata Ketua Perkhidmat­an Pelanggan Negeri Sembilan, Bahagian Retail TNB Wan Ishak Soed.

Beliau berkata setiap negeri masing-masing diberi dua buah rumah setiap tahun dengan peruntukan RM50,000 bagi setiap rumah dibaiki dan untuk tahun ini, seramai 28 orang akan mendapat manfaat daripada projek ini di seluruh negara.

“PMR merupakan satu daripada program di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang mula dilaksanak­an pada tahun 2012.

“Ia sebagai menyahut saranan kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB turut memainkan peranan membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan sasar berbangsa Cina dan India yang memerlukan, antaranya orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin,” katanya di sini, semalam.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Rumah PMR TNB Peringkat Negeri Sembilan 2018 kepada Lay Chak Wa, 58, di Kampung Seri Mambau dekat sini oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau Yap Yew Meng.

Selain Lay, beliau berkata sebuah lagi rumah yang terlibat dalam PMR di Negeri Sembilan pada tahun ini ialah milik N. N. R. Amakannu di Kampung Baru Mahsan, Bahau pada Ogos lepas.

Wan Ishak berkata rumah asal Lay mengalami kerosakan teruk sehingga boleh menyebabka­n banjir di sekitar kawasan rumah sekiranya musim hujan.

“Nasib Lay mendapat perhatian TNB yang telah membuat tinjauan pada Ogos lepas. Setelah menepati syarat dan kriteria ditetapkan, hasrat TNB untuk membina semula rumah ini disambut baik oleh pemiliknya (Lay). Kerja-kerja pembinaan rumah baharu melalui kontraktor yang dilantik kemudian dimulakan pada pertengaha­n bulan lepas.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada warga kerja TNB negeri ini dan pihak kontraktor yang telah berjaya menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan mencapai sasaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia