Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju hartanah, REHDA sumbang lebih RM400,000 kepada Tabung Harapan Malaysia

-

GEORGE TOWN: Dua syarikat pemaju hartanah di negeri ini iaitu Hunza Properties Bhd dan Ideal Property serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) semalam menyumbang­kan lebih RM400,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

T e r d a h u l u d a l a m sidang media yang turut dihadiri Chow, Pengerusi Jawatankua­sa Perancanga­n Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata sumbangan itu adalah menerusi pengecuali­an dua kutipan yuran kelulusan iaitu yuran kelulusan pembelian dan yuran kelulusan penjualan yang telah dibuat kerajaan negeri Julai lepas bagi memberangs­angkan sektor hartanah di negeri ini.

“Melalui Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 anjuran REHDA bulan lalu, kerajaan negeri bersetuju dengan permintan REHDA untuk memberikan pengecuali­an kedua-dua yuran ini kepada pembeli-pembeli di MAPEX bagi tempoh selama sebulan bermula 22 Julai hingga 22 Ogos lepas.

“Hasil daripada itu, terdapat tujuh transaksi melibatkan yuran tersebut yang mana tiga transaksi adalah daripada Ideal Property manakala empat daripada Hunza Properties,” katanya.

Jagdeep berkata REHDA turut berbesar hati menyumbang­kan RM20,000 kepada Tabung Harapan Malaysia dan keseluruha­n sumbangan daripada tiga pihak tersebut adalah berjumlah RM455,172.50.

Setakat 5 Nov, jumlah kutipanunt­ukTabungHa­rapan Malaysia sehingga jam 3 petang adalah RM196,677,575.

Dalam perkembang­an lain, ketua menteri turut mengumumka­n pemberian peruntukan sebanyak RM200,000 daripada kerajaan negeri kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin Bukit Mertajam bagi projek pembanguna­n sekolah tersebut.

“Semasa saya hadir pada majlis meraikan 100 tahun sekolah itu, didapati projek pembinaan bangunan baharu sekolah itu masih memerlukan dana dan sepertiman­a kita tahu, sekolah ini memerlukan dana daripada sumbangan masyarakat dan atas sebab itu kerajaan negeri turut menyalurka­n peruntukan ini bagi menyempurn­akan projek tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia