Utusan Borneo (Sarawak)

MOHD SHAFIE SAH KM SABAH

Mahkamah Tinggi memutuskan pelantikan beliau oleh Yang di-Pertua Negeri mengikut perlembaga­an.

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri baharu Sabah adalah mengikut perlembaga­an dan oleh itu, beliau merupakan Ketua Menteri negeri yang sah.

Hakim Datuk Yew Jen Kie menegaskan Tan Sri Musa Aman telah hilang keyakinan majoriti anggota Dewan apabila enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada Barisan Nasional (BN) beralih memberi sokongan mereka kepada Mohd Shafie.

Beliau memutuskan Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah menggunaka­n kuasa beliau mengikut Perkara 6(3) Perlembaga­an Negeri Sabah untuk melantik Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri baharu Sabah setelah mendapati Musa tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ADUN.

“Sejajar dengan Perkara 7(1) Perlembaga­an Negeri Sabah, Musa wajib berundur atau mengosongk­an jawatan itu apabila beliau hilang penguasaan terhadap majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Berlandask­an sebab di atas, maka saya menolak saman pemula plaintif (Musa) untuk mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri,” kata beliau serta memerintah­kan Musa membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Mohd Shafie dan Tun Juhar.

Yew membuat keputusan itu setelah mendengar penghujaha­n daripada peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad dan S.Vanugopal yang mewakili Musa, Datuk Douglas Lind,yang mewakili Mohd Shafie dan Peguam Besar Negeri Datuk Zaleha Rose Pandin, yang mewakili Tun Juhar pada 24 Oktober.

Pada 17 Mei, Musa memfailkan writ saman terhadap Mohd Shafie, tetapi menariknya kembali.

Bagaimanap­un pada Jun, beliau memfailkan saman pemula bagi mendapatka­n perisytiha­ran mahkamah bahawa, antara lain beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah seperti yang dilantik Yang di-Pertua Negeri pada 10 Mei.

Saman pemula tidak memerlukan perbicaraa­n dan peguam daripada keduadua pihak hanya memfailkan hujah serta afidavit bagi mengemukak­an kes mereka, manakala writ saman memerlukan perbicaraa­n dengan memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Dalam saman pemulanya, Musa menamakan Tun Juhar sebagai defendan pertama dan pengganti beliau, Mohd Shafie sebagai defendan kedua serta memohon perisytiha­ran bahawa pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei adalah tidak sah di sisi undangunda­ng.

Musa juga memohon perisytiha­ran bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dan perisytiha­ran bahawa tidak terdapat pembatalan atau pemecatan tentang pelantikan­nya.

Beliau juga memohon perisytiha­ran bahawa defendan pertama (Tun Juhar) telah bertindak bercanggah dengan perlembaga­an apabila melantik Mohd Shafie sebagai anggota kabinet negeri dan bahawa semua tindakan serta perkara yang dilakukan Mohd Shafie dan/atau yang dikatakan kabinet beliau selepas apa yang dikatakan pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri adalah tidak sah, terbatal dan tidak memberi kesan serta membawa kerosakan kepada kedua-dua defendan.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei setelah memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi kehilangan majoriti apabila beberapa ADUN daripada partinya (UMNO) dan parti komponen Barisan Nasional (UPKO) mengubah pendirian untuk memberi sokongan mereka kepada Parti Warisan Sabah pimpinan Mohd Shafie.

Sementara itu, Mohd Shafie berharap tiada lagi gangguan terhadap pentadbira­n kerajaan baharu negeri Sabah untuk membangunk­an dan membela rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas mahkamah membuat keputusan itu, Mohd Shafie berkata, gangguan terhadap kelancaran pentadbira­n kerajaan negeri boleh membantutk­an pelbagai usaha pembanguna­n negeri, termasuk keyakinan pelabur.

“Hala tuju kami adalah untuk membangunk­an Sabah dan membela rakyat. Ini yang penting. Saya berharap jangan ada lagi pihak-pihak tertentu mempunyai tanggapan berbagai sehingga dapat melambat- kan (proses pentadbira­n kerajaan negeri),” katanya.

Mohd Shafie, yang dijadual membentang­kan Belanjawan Sabah 2019 pada Jumaat, 9 November ini berharap pihak pembangkan­g dapat memainkan peranan yang efektif dengan memberi teguran membina kepada kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah, Pakatan Harapan dan UPKO.

Beliau juga berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dengan baik dan memberi tumpuan terhadap pembanguna­n Sabah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Mohd Shafie bersalaman dengan penyokongn­ya selepas diumumkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Mohd Shafie bersalaman dengan penyokongn­ya selepas diumumkan sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia