Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi melahirkan serta meningkatk­an produktivi­ti tenaga mahir sekali gus merangsang pembanguna­n ekonomi negara

-

KUCHING: Budaya berfikir secara kritis harus ditanam dalam kalangan pelajar bagi melahirkan serta meningkatk­an produktivi­ti tenaga mahir sekali gus merangsang pembanguna­n ekonomi negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Kecemerlan­gan Teresian 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Teresa di Pusat Pastoral St Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg di sini semalam.

“Jangan mengejar kelayakan atas kertas tetapi kejarlah untuk pendidikan berkualiti.

“Ini kerana anda harus bersedia bermula dari bilik darjah lagi untuk menanam pemikiran kritis supaya anda dapat menjadi seorang yang kreatif, inovatif dan mampu mengendali­kan teknologi.

“Masa depan anda bukan ditentukan dengan peluang tetapi ditentukan dengan pilihan,” ujarnya.

Bercakap tentang Industri 4.0, Manyin berkata, negara harus melonjak ke arah Industri 4.0 yang mana kebanyakan industri di negara lain sudah mencapai peringkat tersebut.

Beliau menegaskan, individu akan dinilai berdasarka­n sumbangann­ya kepada syarikat berbanding melihat pencapaian yang tertulis dalam resume mereka.

Tambahnya, program di sekolah haruslah dikemas kini secara berterusan bagi membantu sekolah mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Terdahulu, Pengetua SMK St Teresa Mary John berkata, jumlah dana projek untuk dua blok bangunan baharu di sekolah itu adalah RM8.2 juta yang mana RM3.2 juta telah berjaya dikumpulka­n.

Menurutnya, kebakaran yang berlaku pada 29 Oktober 2016 telah memusnahka­n blok bangunan sekolah tersebut.

“Daripada jumlah dana yang berjaya dikumpul ini, kerajaan negeri menyumbang­kan RM1.5 juta,” jelasnya.

Beliau menambah, satu majlis makan malam akan diadakan pada 16 November ini bagi mengumpul dana untuk pembinaan blok bangunan baharu sekolah itu yang dijangka dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu, Farah Nabilla Maddarus menerima Anugerah Kecemerlan­gan Kokurikulu­m Teresian 2018, Nur Izzah Athirah Abdul Samat menerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik Teresian 2018, manakala Celine Chua Hui Yue Anugerah Kecemerlan­gan Teresian 2018.

Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Omar Mahli, Roman Catholic Archbishop of Kuching Archdioces­e Most Reverend Simon Poh dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Manyin menyampaik­an sijil dan piala kepada pelajar cemerlang sambil disaksi Mary (kiri), Omar, Simon dan tetamu kehormat lain.
TAHNIAH: Manyin menyampaik­an sijil dan piala kepada pelajar cemerlang sambil disaksi Mary (kiri), Omar, Simon dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia