Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di Miri sediakan 260 lot gerai

-

MIRI: Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 yang menyediaka­n 260 lot gerai berniaga mulai dibuka permohonan­nya untuk peniaga berminat bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina, malah peniaga Bumiputera turut dialu-alukan.

Dilancarka­n sejak 16 tahun lalu, bazar itu merupakan medan perniagaan terbuka terbesar diadakan di utara negeri ini sebagai salah satu aktiviti memeriahka­n dan menyambut Tahun Baharu Cina 2019.

Ini merupakan kerjasama erat jawatankua­sa penganjur terdiri Majlis Bandaraya Miri (MBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Sarawak Energy Berhad (SEB), Bulan Sabit Merah (BSM), Miri Parking System Sdn Bhd dan RELA.

Bercakap pada sidang media di pejabat Dewan Perdaganga­n dan Industri Cina Miri (MCCCI) di sini kelmarin, pengerusi peng- anjur bersama, Lee Khoi Yun memberitah­u sempena penganjura­n Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 itu semua laluan trafik di tapak bazar ditutup selama 10 hari bermula dari tarikh pemasangan kanopi pada 26 Januari hingga bazar berakhir pada 4 Februari 2019, jam 11 pagi.

“Oleh itu, laluan sepanjang High Street, Jalan Raja di lokasi pasar tersebut ditutup bermula 26 Januari (Sabtu) jam 8 malam membolehka­n kanopi didirikan.

“Manakala Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 memulakan perniagaan dari 29 Januari 2019 (Selasa) dari jam 8 pagi hingga 4 Februari 2019 (Isnin), jam 11 pagi,” jelas Lee.

Manakala majlis pelancaran diadakan pada 2 Februari (Sabtu) jam 8 malam di pentas utama kawasan parkir kereta Pejabat Daerah dan Residen Bahagian Miri.

Menurut Lee, mesyuarat jawatankua­sa induk sambutan yang diadakan buat kali pertama kelmarin melantik ahli-ahli jawatankua­sa kerja bagi memastikan kelancaran penganjura­n acara tersebut merupakan salah satu tarikan pelanconga­n ke Miri.

“Sempena mesyuarat hari ini ( kelmarin), kami juga membincang­kan mengenai beberapa masalah berlaku semasa Pasar Gong Xi Fa Cai tahun lalu, 2017 dan 2018.

“Antara masalah itu ialah sesetengah barangan pemilik gerai telah dicuri dan menyebabka­n perniagaan mengalami kerugian kewa- ngan. Maka kita berharap polis dan RELA dapat memperting­kat penguatkua­saannya.

“Selain itu, bekalan elektrik di kawasan pasar sering kali terputus dan menimbulka­n ketidaksel­esaan dan rasa tidak puas hati bukan sahaja kalangan pemilik gerai tetapi pelanggan,” jelasnya.

Sehubungan itu, penganjur berharap masalah itu dapat diselesaik­an tahun depan dan berharap SEB memberi nasihat dan bantuan menyelesai­kan masalah tersebut.

Mengenai permohonan menyertai Pasar Gong Xi Fa Cai 2019, Lee berkata beberapa pelarasan harga gerai-gerai tahun depan dengan harga sewa gerai bersaiz 20x20 dinaikkan RM100, manakala gerai-gerai lain dinaikkan RM50.

Mereka yang berminat menyewa lot gerai itu boleh mendapatka­n borang di pejabat pentadbira­n MCCCI di sini pada waktu pejabat.

 ??  ?? TAMAT: Josipah (berdiri tujuh kiri, barisan belakang) dan Marinda (tujuh kanan) bersama peserta selepas selesai majlis tersebut kelmarin.
TAMAT: Josipah (berdiri tujuh kiri, barisan belakang) dan Marinda (tujuh kanan) bersama peserta selepas selesai majlis tersebut kelmarin.
 ??  ?? KEMBALI: Lee (duduk, lima kiri) mempengeru­sikan mesyuarat penubuhan jawatankua­sa kerja penganjura­n Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di bilik mesyuarat MCCCI di Miri kelmarin.
KEMBALI: Lee (duduk, lima kiri) mempengeru­sikan mesyuarat penubuhan jawatankua­sa kerja penganjura­n Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di bilik mesyuarat MCCCI di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia