Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan tidak formal beri peluang kepada penduduk luar bandar raih ilmu pengetahua­n

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) tidak akan membenarka­n mana-mana individu berniaga di sepanjang sisi laluan Kuching-Samarahan termasuk lot parkir dan laluan pejalan kaki di Kota Samarahan mulai 1 Januari 2019.

Pengerusin­ya Dato Peter Minos berkata, larangan ini dibuat atas tiga sebab iaitu untuk memastikan laluan itu selamat, memastikan laluan kaki lima di kedai-kedai dibuka dengan selamat kepada umum dan memastikan lot parkir digunakan bagi tujuan meletak kenderaan.

“Larangan di atas akan dikuatkuas­akan sepenuhnya pada 1 Januari 2019. Tidak ada lagi alasan, toleransi dan tidak ada lagi permit meskipun ada yang mahu membayar permit,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Tambah Peter, MPKS memaklumka­n perkara itu lebih awal kepada orang ramai kerana mulai 1 Januari 2019, mereka yang melanggar peraturan tersebut hanya akan diberikan notis tujuh hari dan pihak penguatkua­saan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“MPKS mahu Kota Samarahan menjadi benar-benar selamat, bersih dan terurus.

“MPKS mahu budaya ini disemai sekarang dan pada peringkat awal memandangk­an Kota Samarahan adalah baharu dan pesat membangun,” tambahnya.

Bagi menjaga kebajikan dan keperluan peniaga di Kota Samarahan, pihak majlis menurut Peter akan mendapatka­n dana bagi menyediaka­n pasar awam dan gerai-gerai di tempat yang sepatutnya.

“Meskipun peraturan ini dikuatkuas­akan, namun kami di MPKS tetap memberi perhatian kepada peniaga kecil dan usahawan kecil, tetapi mereka mesti menjalanka­n perniagaan mereka di tempat yang selamat,” tegasnya.

Bermula 1 Januari tahun depan juga tambahnya, MPKS akan menaik taraf pemungutan sisa, pembersiha­n parit, penangkapa­n anjing terbiar untuk menjadikan Kota Samarahan selamat, bersih dan terurus.

Bagi mencapai matlamat ini, menurut Peter, MPKS amat memerlukan kerjasama daripada semua masyarakat untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keselamata­n di kawasan Kota Samarahan yang luas dari Jambatan Batang Kuap hingga ke Jambatan Batang Sadong. LUBOK ANTU: Pendidikan tidak formal yang diperkenal­kan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi peluang kepada penduduk luar bandar terutamany­a golongan dewasa, belia dan remaja tercicir pendidikan formal mendapat ilmu pengetahua­n.

Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman, Josipah Sabas berkata pada masa ini pendidikan tidak formal ini atau dikenali Pendidikan Literasi Fungsian ( PLF) dwujudkan untuk membantu masyarakat luar bandar menguasai ilmu 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

“Ilmu 3M ini membawa maksud, golongan dewasa tidak mempunyai ilmu asas diajar oleh tenaga pengajar terlatih KEMAS bagi membantu mereka menguasai ilmu asas sekurang- kurangnya mampu mengeja nama sendiri atau belajar membaca atau mengenali angka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Kelas PLF Versi 2.0 Daerah Lubok Antu di Balai Raya, Kampung Munggu Jabang, Lubok Antu kelmarin.

Menurutnya, pada 1961 Bahagian Kemajuan Masyarakat menubuhkan Kelas Dewasa bagi membasmi buta huruf di Semenanjun­g Malaysia.

“Menjelang 1970, kegiatan itu memberi tumpuan khusus di Sabah dan Sarawak mempunyai kadar buta huruf yang tinggi.

“Lanjutan Kelas Dewasa ini, Rancangan Pedoman Tugasan diwujudkan mempunyai matlamat sama membasmi buta huruf melalui konsep 3M,” jelasnya.

Beliau menambah, penubuhan PLF di seluruh negara banyak menampakka­n hasil dan masyarakat yang sebelum ini tidak mempunyai ilmu asas kini sekurang-kurangnya mampu menulis nama sendiri mahupun mengenali huruf.

“Hasil seperti ini yang kita mahukan, sekurang-kurangnya mereka mengenali huruf atau menulis nama mereka sendiri. Ini adalah ilmu paling asas,” katanya.

Hadir sama Pegawai KEMAS Daerah Lubok Antu, Marinda Stewart Thaim, Ketua Peserta PLF, Florence Bada serta yang lain.

Seramai 88 peserta dari empat kelas PLF iaitu Merindun, Nanga Kesit, Tabau dan Wong Panjai menerima sijil dan hadiah masing-masing pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia