Utusan Borneo (Sarawak)

Lima persatuan di Sarikei terima geran RM5,000

-

SARIKEI: Lima persatuan telah menerima geran berjumlah RM5,000 di bawah peruntukan khas kawasan Parlimen 2018, semalam.

Sumbangan tersebut disampaika­n Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu di pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarikei.

Persatuan yang telah menerima sumbangan tersebut ialah Persatuan Yong Kiaw Chu Sien Sia, Persatuan Olahraga Amatur Bahagian Sarikei, Persatuan Wong’s Clan ( Nue Ding) Sarawak, Persatuan Foochow Lok Lin Section dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony.

Dalam amanat ringkasnya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, Andrew menyeru para penerima sumbangan memanfaatk­an segala bentuk bantuan yang disalurkan itu dengan sebaiknya agar mendatangk­an kebaikan kepada semua pihak.

“Setiap bantuan dan perkhidmat­an yang disediakan itu sewajarnya memberikan impak positif kepada semua pihak kerana secara dasarnya setiap perkara tersebut diwujudkan adalah untuk kepentinga­n semua dan bukannya bersifat individu.

“Kita mahu setiap nilai yang diagihkan itu digunakan untuk tujuan pembanguna­n kawasan masing-masing bukannya untuk kepentinga­n peribadi,” ujarnya lagi. SIBU: Seorang penggangur lelaki berjaya dicekup kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi.

Suspek, 45, ditahan di sebuah rumah di Lorong Lada sekitar jam 11.20 malam kelmarin.

Pasukan D7 Bahagian siasatan Jenayah Daerah Sibu yang diketuai Inspektor Hairul Hussin kemudian membawa suspek ke lokap Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Menurut polis, sebuah bengkel motosikal di Jalan Salim dekat sini telah diceroboh dua lelaki tidak dikenali pada jam 5.30 pagi Khamis lalu.

Pemilik bengkel, 47, mem- beritahu polis bahawa beliau terbangun apabila penggera keselamata­n rumahnya berbunyi.

Setelah membuat pemeriksaa­n, pengadu mendapati tujuh mentol lampu dipasang di luar rumah telah hilang.

Anggaran kerugian berjumlah RM1,000.

Pemeriksaa­n ke atas rakaman CCTV yang dipasang di rumah pengadu mendapati dua lelaki terbabit cuba mengumpil cermin tingkap sebelah kiri rumah tetapi mereka melarikan diri apabila penggera keselamata­n rumah berbunyi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n laporan kes tersebut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan pecah rumah dan curi.

 ??  ?? DISYAKI TERLIBAT: Suspek ditahan semasa serbuan di kediamanny­a di Lorong Lada dekat sini malam kelmarin.
DISYAKI TERLIBAT: Suspek ditahan semasa serbuan di kediamanny­a di Lorong Lada dekat sini malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia