Utusan Borneo (Sarawak)

E-Scroll dilancar atasi ijazah palsu

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan melancarka­n Sistem Pengeluara­n dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) bagi mengatasi masalah ijazah palsu sekali gus memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia ( UIAM) akan menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menggunaka­n sistem itu pada istiadat konvokesye­n semalam.

Sistem e-Scroll yang menggunaka­n teknologi Blockchain dibangunka­n oleh satu konsortium disertai enam universiti awam yang diketuai UIAM susulan rumusan daripada Majlis Dekan-dekan ICT universiti- universiti Malaysia pada Januari lalu, katanya.

Lima lagi universiti ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi MARA.

Siti Hamisah berkata langkah memperkena­lkan e-Scroll dibuat berikutan peningkata­n bilangan ijazah palsu yang boleh didapati dengan mudah menerusi Internet.

Menurutnya sistem e-Scroll antara lain mempunyai ciriciri kod QR yang dicetak pada ijazah sekali gus membolehka­n proses pengesahan ijazah dapat dilakukan di mana-mana sahaja yang mempunyai jaringan Internet.

“… prosesnya boleh dilakukan dengan segera,” katanya.

Susulan pelancaran sistem itu, Kementeria­n Pendidikan menggalakk­an universiti dan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia agar segera menyertai konsortium dan menggunaka­n sistem itu.

“Dalam jangka masa panjang, konsortium juga harus menawarkan penyelesai­an berasaskan Blokchain standard yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada universiti-universiti terbabit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia