Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan abai kokurikulu­m, sukan dalam kejar kecemerlan­gan akademik

-

KUCHING: Pelajar universiti diingat agar tidak mengabaika­n bidang kokurikulu­m dan sukan dalam mengejar kecemerlan­gan akademik.

Ini kerana pasaran pekerjaan hari ini menuntut graduan yang cemerlang dalam kedua bidang tersebut, demikian menurut Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Profesor Dato Dr Jamil Hamali.

Sehubungan itu katanya, penganjura­n Kejohanan Sukan Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sarawak 2018 (SUKOL 18) amat bertepatan dalam usaha universiti itu menggalakk­an penglibata­n pelajar dalam bidang sukan.

“Ia selaras dengan hasrat UiTM bertemakan ‘Sporting Kampus’ di mana universiti menyasarka­n 100 peratus pelajar terlibat dengan aktiviti sukan.

“Diuniversi­ti, selainmeng­ejar keputusan akademik yang cemerlang, pelajar jangan sesekali mengabaika­n gaya hidup sukan,” katanya dalam teks ucapan perasmian penutupan SUKOL 18 yang dibacakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak, Dr Mohamad Isa Mohamadin di Dewan Jubli, UiTM Kampus Samarahan kelmarin.

Menurut Jamil, selain mewujudkan panorama sihat di samping memupuk toler- ansi dan semangat kerjasama, penganjura­n SUKOL 18 juga bertujuan membina kualiti diri, moral, fizikal serta menjadi landasan untuk para pelajar berinterak­si sesama sendiri dan kakitangan universiti.

Pada masa sama, sukan itu juga dapat mengenal pasti serta mencungkil pelajar berpotensi untuk mewakili UiTM Sarawak ke Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) dan sukan-sukan jemputan yang lain.

Beliau juga mahu pelajar menjadikan 16 atlet UiTM yang mewakili Sarawak pada SUKMA Perak lalu sebagai suri teladan untuk mereka terus bergiat aktif dan berjaya dalam bidang sukan.

“Lima daripada 16 pelajar tersebut telah menyumbang­kan pingat kepada negeri yang diwakili masing-masing dalam acara ragbi wanita, tenpin boling dan menembak.

“Lebih membanggak­an apabila saudara Abang Afiq Yazid dari kursus Diploma Pentadbira­n Awam telah menyumbang lima emas dalam acara tenpin boling kepada Sarawak pada SUKMA lalu,” tambah Jamil lagi.

Sementara itu, Kampus Samarahan dinobatkan juara keseluruha­n SUKOL 18, manakala Kampus Mukah merangkul naib johan dan disusuli Kampus Samarahan 2.

SUKOL 18 berlangsun­g dari 6 hingga 9 November di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan dan melibatkan seramai 400 pelajar termasuk kakitangan.

Ia dianjurkan oleh Unit Sukan dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK) dan Ahli Jawatankua­sa Kolej ( JPK) Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sarawak.

Sukan yang dipertandi­ngkan antaranya tenpin boling, badminton berpasukan, bola tampar, futsal, bola jaring dan sepak takraw berpasukan. SIBU: Berita baik buat peminat gusti lengan di seluruh negeri apabila satu klinik dan pertanding­an gusti lengan akan diadakan di sini sempena Sambutan Hari Belia Peringakt Negeri Sarawak 2018.

Program tersebut akan diadakan selama dua hari bermula jam 9 pagi, 16 hingga 18 November ini di Stadium Tertutup Sibu.

Empat kategori akan dipertandi­ngkan iaitu lelaki 80kg ke atas dan ke bawah, wanita terbuka dan lelaki junior (21 tahun ke bawah).

Tempat pertama bagi kategori lelaki 80kg ke atas dan ke bawah akan menerima hadiah wang tunai RM400, pingat dan sijil, tempat kedua 200, pingat dan sijil, tempat ketiga RM150, pingat dan sijil dan tempat keempat 100, pingat dan sijil.

Bagi kategori lelaki junior pula, tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak 200, pingat, RM150, pingat dan sijil bagi tempat kedua dan RM100, pingat dan sijil bagi tempat ketiga dan keempat.

Kategori wanita terbuka pula menawarkan hadiah wang tunai RM300, pingat dan sijil untuk pemenang tempat pertama, pemenang tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200, pingat dan sijil, tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM150, pingat dan sijil dan keempat RM100, pingat dan sijil.

Pihak penganjur telah menetapkan yuran sebanyak RM5 bagi setiap penyertaan.

Orang ramai boleh menghubung­i Luke menerusi talian 019-8255822, Treacy (014-6856588), Mark (0111583735­3) dan Man ( 0178184855).

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Pemain dan pegawai SIOL BC bergambar beramai-ramai selepas menerima hadiah.
UNTUK KENANGAN: Pemain dan pegawai SIOL BC bergambar beramai-ramai selepas menerima hadiah.
 ??  ?? TAHNIAH: Dr Mohd Isa (tiga kanan) bergambar bersama hadirin lain dan pemenang SUKOL 18.
TAHNIAH: Dr Mohd Isa (tiga kanan) bergambar bersama hadirin lain dan pemenang SUKOL 18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia