Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bersedia urus sendiri pendidikan prasekolah: KM

Biarpun pendidikan tanggungja­wab kerajaan pusat, prasekolah tidak dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara

-

KUCHING: Sarawak bersedia untuk menguruska­n sendiri perkara berkaitan pendidikan prasekolah, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Walaupun hal ehwal berkaitan dengan pendidikan adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n, beliau memberitah­u prasekolah tidak dimasukkan dalam kurikulum pendidikan negara.

“Menyedari perkara itu, saya mahu membuat perubahan kerana prasekolah tidak termasuk dalam kurikulum pendidikan negara.

“Maka dengan itu, kita mahu menguruska­n prasekolah seperti mana yang kita laksanakan dalam pendidikan tinggi di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke- 26 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, peruntukan kewangan tidak menjadi halangan kepada Sarawak dalam membangunk­an pendidikan prasekolah­nya.

“Saya akan meminta kepada Dato Sri Fatimah Ab- dullah (Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak) untuk menyediaka­n cadangan perbelanja­an yang saya jangkakan kira-kira RM20 juta hingga RM30 juta,” katanya.

Berhubung pembanguna­n prasekolah atau tadika di Sarawak, Abang Johari memberitah­u ia adalah amat membimbang­kan terutama tadika di luar bandar.

Berbanding tadika swasta di bandar katanya, kanak-kanak mendapat pendidikan yang lebih baik di mana mereka dapat mempelajar­i pelbagai bahasa.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku terdapat jurang antara orang yang mampu dan berpendapa­tan rendah kerana mereka yang kaya mampu menghantar anak ke tadika swasta.

Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak merupakan anjuran Yayasan Sarawak dan kali ini menyaksika­n hadiah insentif RM93,000 untuk 19 kategori.

Hadir sama isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

Menyedari perkara itu, saya mahu membuat perubahan kerana prasekolah tidak termasuk dalam kurikulum pendidikan negara. Maka dengan itu, kita mahu menguruska­n prasekolah seperti mana yang kita laksanakan dalam

ini. ” pendidikan tinggi di negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah pelajar SPM (Sains) Yayasan Sarawak 2017 kepada pelajar cemerlang, Isaac Chung dari SMK Batu Lintang dan disaksikan (dari kiri) Juma’ani, Azmi, Asfia dan Wong.
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah pelajar SPM (Sains) Yayasan Sarawak 2017 kepada pelajar cemerlang, Isaac Chung dari SMK Batu Lintang dan disaksikan (dari kiri) Juma’ani, Azmi, Asfia dan Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia