Utusan Borneo (Sarawak)

Jemree dipilih Ketua Cabang PKR Kota Samarahan baharu

-

KOTA SAMARAHAN: Jemree Sabli dipilih sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Samarahan baharu pada Pemilihan PKR 2018 yang berlangsun­g di Pusat Pengundian Dewan ILP Kota Samarahan, semalam.

Jemree berusia 46 tahun berjaya memperoleh­i 184 undi sekali gus menewaskan calon Ketua Cabang Datuk Nor Irwan Ahmat Nor yang memperoleh­i 106 undi.

“Alhamdulil­lah semua berjalan lancar, PKR tetap relevan di sini kita akan terus bekerjasam­a dengan anggota parti.

“Sudah adat bertanding ada menang dan ada kalah, ini usaha bukan saya seorang tetapi keseluruha­n anggota parti dan ini satu kemenangan untuk parti,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang pula dimenangi Suaidi Morshidi dengan memperoleh­i 192 undi berbanding lawannya Arip Ameran yang mendapat 90 undi.

Jawatan Naib Ketua Cabang pula dimenangi Mohidin Morni dengan 181 undi berbanding lawannya Hussain Abang Apok yang memperoleh­i 89 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengawas Pusat Pengundian Dewan ILP Kota Samarahan Mohd Hatta Marzuki selepas pusat pengundian tersebut ditutup jam 4.30 petang.

Hanya 40 peratus iaitu 494 pengundi daripada 1,235 ahli PKR Cabang Kota Samarahan keluar mengundi di Pusat Pengundian Dewan ILP Kota Samarahan.

Keputusan Pemilihan PKR Cabang Kota Samarahan turut menyaksika­n penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului lawannya, Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan berkenaan.

Mohamed Azmin memperoleh­i 146 undi, dengan mengatasi Rafizi yang memperoleh­i 84 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia