Utusan Borneo (Sarawak)

Siah kutuk kontrovers­i Cabang Julau, beri gambaran negatif kepada PKR

-

KUCHING: Ketua Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Cabang Bandar Kuching, Simon Siah mengutuk kontrovers­i yang melanda proses pemilihan parti tersebut bagi Cabang Julau.

Jelas Siah, kontrovers­i yang berlaku di Julau adalah memalukan dan memberi gambaran yang negatif kepada parti secara keseluruha­nnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada proses pengundian bagi PKR Cabang Bandar Kuching di Pejabat PKR Batu 3 di sini, semalam.

Siah memenangi jawatan ketua tersebut tanpa bertanding dan turut bertanding bagi jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat.

Sementara itu, beliau menyatakan sokongan kepada pasukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi mengisi jawatan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

“Saya menyokong Azmin kerana beliau banyak membantu kami (PKR) Sarawak pada pilihan raya negeri dan umum yang lalu dan beliau merupakan seorang pemimpin yang konsisten.

“Meskipun Rafizi Ramli juga berkaliber, tetapi bagi saya Azmin adalah lebih baik dan saya yakin parti akan terus berkembang maju dan kukuh di bawah pimpinan Azmin sebagai timbalan presiden,” katanya.

Dalam pada itu, proses pengundian bagi PKR Cabang Bandar Kuching semalam berjalan lancar dengan 557 ahli layak untuk mengundi bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. LAWAS: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lawas hampir terjejas berikutan tindakan Majlis Daerah Lawas (MDL) yang membatalka­n pada saat akhir penggunaan Stadium Tertutup Lawas untuk pengundian semalam.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang juga Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, pemilihan PKR Cabang Lawas dicemari isu penyalahgu­naan kuasa.

Menurut Baru, beliau dimaklumka­n tengah malam kelmarin oleh seorang pegawainya bahawa kebenaran penggunaan stadium itu telah dibatalkan atas arahan pihak atasan.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan ADUN Ba’ Kelalan berkata, tindakan itu jelas satu penyalahgu­naan kuasa.

“Tindakan ini jelas menyalahgu­nakan kuasa untuk menekan pihak kami dan perkara ini akan kita ambil tindakan secara serius dengan mengarahka­n pegawai saya membuat laporan lengkap kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Katanya, kelulusan berserta bayaran sebanyak RM500 telah dibuat minggu lepas dan pihak MDL sepatutnya memberi tempoh yang cukup untuk PKR mencari lokasi lain bagi proses pemilihan pusat PKR.

Baru yang menang tanpa bertanding untuk kekal menjadi Pengerusi PKR Sarawak dan Ketua PKR Lawas menyifatka­n perkara itu sebagai tindakan tidak matang kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun demikian, Baru menegaskan pemilihan pusat PKR masih diteruskan pagi semalam dengan membabitka­n lebih 1,000 pemilih berdaftar PKR Cabang Lawas.

Beliau juga berpuas hati pemilihan pusat PKR semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden dengan majoriti undi berpihak kepada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaik berakhir pemilihan ni, Baru yakin semua ahli PKR akan kembali fokus dan terus bekerjasam­a seperti biasa dalam suasana lebih baik.

 ??  ?? SEMAK: Ahli-ahli PKR menyemak daftar diri sebelum membuang undi pada pemilihan PKR bagi Cabang Bandar Kuching di Pejabat PKR Batu 3 semalam.
SEMAK: Ahli-ahli PKR menyemak daftar diri sebelum membuang undi pada pemilihan PKR bagi Cabang Bandar Kuching di Pejabat PKR Batu 3 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia