Utusan Borneo (Sarawak)

Zuraida berharap kerajaan Sarawak beri kerjasama bantu B40 miliki rumah yang dibina dengan kos lebih murah

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap kerajaan Sarawak dapat memberi kerjasama dalam menyediaka­n tanah untuk membolehka­n lebih banyak rumah bagi golongan berpendapa­tan sederhana dan kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dibina dengan kos yang lebih murah.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan persekutua­n sentiasa bersedia untuk bekerja rapat bagi merealisas­ikan impian itu, dengan syarat ada komitmen tinggi daripada Sarawak.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasam­a kerana kerajaan Sarawak mempunyai tanah yang banyak untuk projek itu.

“Beri kami tanah itu dan juga kerajaan negeri boleh menggunaka­n sebahagian daripada rizab RM36.8 bilion untuk menyediaka­n prasarana yang tersedia di kawasan ini, sebagai salah satu usaha untuk mengurangk­an kos rumah bagi rakyat,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Vista Perdana Fasa 2, Miri kepada 10 pembeli di Naim Club House, semalam.

Kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasam­a kerana kerajaan Sarawak mempunyai tanah yang banyak untuk projek itu. Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diwakili oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Zuraida menambah, di bawah kajian semula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), sejumlah satu juta rumah atau 100,000 rumah setiap tahun akan disediakan.

Daripada angka itu, 20,000 unit adalah untuk Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Zuraida pada sidang media kemudian menambah, kerajaan persekutua­n Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengetepik­an Sarawak atau negeri-negeri lain di negara ini dalam semua projek pembanguna­n termasuk projek perumahan.

Memberi jaminan beliau berkata, di bawah Dasar Perumahan Negara (NHP), lebih ramai penduduk teru- tama golongan berpendapa­tan sederhana dan kumpulan berpendapa­tan rendah (B40) dijangka memiliki rumah.

“Orang ramai boleh menjangkak­an rumah lebih murah di bawah dasar baharu ini kerana semua syarikat utiliti dijangka menanggung kos menyediaka­n prasarana yang tersedia untuk kemudahan masing-masing di kawasan perumahan baharu,” katanya.

Projek perumahan Vista Perdana Fasa 2 di Permyjaya, Miri dibangunka­n oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kumpulan Syarikat Naim.

Terdahulu, Lee dalam ucapannya berharap kerjasama antara kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan Sarawak akan terus diperkukuh bagi memastikan program perumahan kos rendah dan mampu milik berjalan lancar.

“Saya mewakili kerajaan negeri meminta lebih banyak rumah untuk dibina termasuk di Miri. Jumlah kumulatif permohonan yang diterima setakat ini ialah 60,000 permohonan dengan purata 5,000 permohonan setahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ( CEO) SPNB Datuk Seri Ahmad Azizi Ali berkata, Fasa 2 menawarkan sejumlah 789 unit hartanah yang terdiri daripada rumah satu tingkat, rumah berkembar satu tingkat dan banglo satu tingkat dengan harga bermula dari RM188,000 dengan sejumlah 789 unit.

Sejak penubuhann­ya pada tahun 1997, SPNB telah membina hampir 100,000 rumah di seluruh negara, 70,000 daripadany­a rumah mampu milik, dengan lebih daripada 10,000 unit sedang dalam pembinaan.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, Pengerusi Kumpulan Syarikat Naim Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengarah Urusan Syarikat Datuk Hasmi Hasnan.

 ??  ?? CERIA: Zuraida (tujuh kiri) bergambar pembeli Rumah Projek Vista Perdana Fasa 2 pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Vista Perdana Fasa 2, Miri kepada 10 pembeli di Naim Club House, semalam. Kelihatan sama, Abdul Hamed (empat kiri), Lee (enam kiri), Ahmad Azizi (belakang, tujuh kanan) dan Dr Teo (belakang, enam kanan).
CERIA: Zuraida (tujuh kiri) bergambar pembeli Rumah Projek Vista Perdana Fasa 2 pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Vista Perdana Fasa 2, Miri kepada 10 pembeli di Naim Club House, semalam. Kelihatan sama, Abdul Hamed (empat kiri), Lee (enam kiri), Ahmad Azizi (belakang, tujuh kanan) dan Dr Teo (belakang, enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia