Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu digalak memanfaatk­an konsep pemasaran secara digital

-

MIRI: Masyarakat Orang Ulu digalak memanfaatk­an konsep pemasaran secara digital untuk memasarkan produknya sehingga boleh menembusi pasaran luar negara.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala berkata beliau yakin dengan kebolehan dan potensi dalam diri setiap masyarakat Orang Ulu, mereka boleh menembusi pasaran antarabang­sa melalui pemasaran atas talian.

“Orang Ulu sememangny­a kaya dengan kebudayaan yang begitu unik dan menarik, baik dari segi tarian, nyanyian, kraf tangan dan sebagainya.

“Sekarang dunia tidak terbatas untuk mempromosi­kan produk kita hanya perlu guna telefon sahaja. Inilah cara kita sekarang pasarkan produk sehingga anyaman dan produkprod­uk tradisi boleh sampai ke pasaran antarabang­sa,” katanya pada Program Jari Emas anjuran Pergerakan Wanita Parti PBB Mulu di sini semalam.

Gerawat berkata, dengan kaedah pemasaran baharu ini beliau percaya Orang Ulu boleh memperoleh­i pendapatan lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan hasil penjualan produk dan kraf tangan kerana pembelinya dari dalam dan luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN0 Mulu itu memuji usaha penganjura­n program itu menjadi landasan kepada kaum wanita Orang Ulu mempelajar­i cara baharu anyaman manik dapat diubah suai menjadi sesuatu boleh menarik perhatian pelanggan.

“Melalui penganjura­n aktivti seperti ini turut meningkatk­an semangat setia kawan dan berpasukan kalangan ahli wanita PBB Mulu, pesertapes­erta dan rakan-rakan yang menyertain­ya,” jelas beliau.

Bengkel membuat rantai manik semalam disertai 120 peserta dari 14 ranting PBB Mulu.

Hadir sama ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Penasihat Program Jari Emas merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datin Esther Mujan Balan, Pengerusi Pengelola Program Jari Emas merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Mulu, Datin Catherine Awing Wan dan ketua- ketua masyarakat.

 ??  ?? TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta bengkel membuat rantai manik bersama tetamu pada program tersebut.
TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta bengkel membuat rantai manik bersama tetamu pada program tersebut.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Johan qari (dua kanan) dan johan qariah (dua kiri) bersama Yusup (lima kanan) dan yang lain.
UNTUK ALBUM: Johan qari (dua kanan) dan johan qariah (dua kiri) bersama Yusup (lima kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia