Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Khalik, Haslinda johan qari, qariah Sibu

-

SIBU: Abdul Khalik Hasbullah dan Haslinda Hassan masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sibu di Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo di sini malam kelmarin.

Tilawah yang berlangsun­g dua malam (8-9 November) itu disertai 12 peserta mewakili zon masing-masing.

Kedua-dua johan qari dan qariah dipilih selepas berjaya memperoleh­i mata tertinggi mengatasi lima qari dan lima qariah yang lain.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n kedua- dua mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan piala.

Penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Sibu, Awang Yusup Awang Mustapa.

Hadir sama Pegawai Jaba- tan Agama Islam Sibu (JAIS) Shamsuddin Basir wakil Residen Bahagian Sibu, Awang Mohd Nizam Awang Ali Bohan dan Pengerusi Jawatankua­sa Surau Darul Firdaus, Hamzah Beeran.

Program tersebut merupakan anjuran Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu dengan kerjasama Jawatankua­sa Surau Darul Firdaus.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga kategori qari masing- masing disandang oleh Hasnizan Hasbullah dan Mohd Zain Hasbullah.

Manakala kategori qariah ialah Sanifah Bohan dan Masjuwita Mohd Rejeni masingmasi­ng naib johan dan tempat ketiga.

Bagi tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan RM500 berserta piala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia