Utusan Borneo (Sarawak)

Adalah dianggarka­n 35.8 peratus daripada penduduk Sarawak alami masalah mental, kata Dr Kelvin

-

KUCHING: Sarawak amat memerlukan lebih ramai ahli psikologi klinikal untuk menangani isu kesihatan mental.

Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii, berkata Sarawak juga memerlukan pegawai perubatan yang mendapat latihan yang secukupnya untuk menangani masalah tersebut.

“Semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan di Sarawak menyediaka­n khidmat pemeriksaa­n dan intervensi untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental.

“Kita ada keperluan yang amat segera untuk menambah jumlah ahli psikologi klinikal dan pengawai perubatan juga harus diberi latihan secukupnya untuk menangani isu kesihatan mental dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

“Di Sarawak, kita ada 19 pakar psikiatri di hospital umum termasuk Hospital Umum Sarawak, Hospital Sentosa, Serian, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang tetapi hanya dua orang sahaja ahli psikologi klinikal untuk berkhidmat kepada 2.6 juta penduduk.”

Beliau yang mewakili Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Hari Terbuka Hospital Sentosa sempena ulang tahun ke-60 penumbuhan­nya yang dianjurkan oleh Hospital Sentosa Kuching di sini semalam.

Menurut Dr Kelvin, di Sarawak dianggarka­n 35.8 peratus daripada pendudukny­a mengalami masalah mental, manakala Sabah mempunyai 41.9 peratus, dan ini tidak hanya tertakluk kepada golongan berpendapa­tan rendah sahaja.

Menurut statistik yang disediakan oleh ‘ National Health and Morbidity Survey Report 2015’, di Sarawak, 41.9 peratus melibatkan mereka yang lebih tinggi status sosioekono­minya.

Statistik itu bukan sesuatu untuk dibanggaka­n tetapi mendorong kita untuk lebih fokus dan bekerja keras (menangani masalah kesihatan mental),” kata Dr Kelvin.

Menurutnya, belanjawan persekutua­n 2019 tidak menyediaka­n peruntukan yang khusus untuk kesiha- tan mental, dan beliau akan membawa perkara berkaitan kekurangan Hospital Sentosa Kuching kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Saya akan memastikan keajaan menjadikan penjagaan kesihatan mental sebagai salah satu agenda utamanya.

“Belanjawan tidak menyebut secara khusus tentang kesihatan mental, walaupun demikian saya sudah berbincang dengan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dr Lee Boon Chye, dan beliau menyatakan kementeria­nnya akan memberikan keutamaan kepada kesihatan mental.

“Walaupun hospital ini (Hospital Sentosa Kuching) tidak dirangkumi dalam Rancangan Pembanguna­n Malaysia Ke- 11, kita ada keperluan yang segera untuk memperbaik­i hospital ini.

“Itulah sebabnya kenapa saya meminta kementeria­n untuk meningkatk­an lagi infrastruk­tur di hospital ini, dan menteri berkenaan akan mempertimb­angkan perkara ini,” katanya.

Pada Hari Terbuka semalam, banyak program telah diatur termasuk jualan makanan.

Hadir sama semalam Pakar Perunding Psikiatri merangkap Timbalan Pengarah (Perubatan) yang juga Pengerusi Sambutan 60 Tahun Hospital Sentosa Kuching Dr Rosliwati Md Yusoff, Pengerusi Yayasan Kesihatan Mental Cabang Sarawak, Dr Ismail Drahman, Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Asri Rifin dan Mejar Yunos Yusof mewakili Briged Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin selaku Panglima Briged Ketiga Infantri.

Kita ada keperluan yang amat segera untuk menambah jumlah ahli psikologi klinikal dan pengawai perubatan juga harus diberi latihan secukupnya untuk menangani isu kesihatan mental dalam

kesihatan.” penjagaan Dr Kelvin Yii Ahli Parlimen Kuching

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia