Hospital Sentosa Kuching rai ulang tahun ke-60

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Hospital Sentosa Kuching yang sudah berusia 60 tahun akan sentiasa menyediakan perkhidmatan psikiatri yang terbaik untuk rakyat Sarawak walaupun infrastrukturnya uzur.

Timbalan Pengarah (Perubatan) dan Pakar Perunding Psikiatri merangkap Pemangku Pengarah Hospital, Hospital Sentosa Kuching, Dr Rosliwati Md Yusoff, berkata walaupun demikian, ia tetap indah di mata warga hospital selain sentiasa siap siaga dalam menempuh cabaran dan halangan di hospital tersebut.

“Kalau ikut umur penjawat awam, maksudnya sudah mencapai umur persaraan namun Hospital Sentosa Kuching tidak pernah kenal erti persaraan.

“Ianya tetap bersedia memberi perkhidmatan psikiatri yang terbaik di Sarawak tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina atau status ekonomi. Semuanya dialu-alu untuk menerima perkhidma- tan psikiatri.

“Keprihatinan terhadap pesakit atau klien serta sikap bertanggungjawab dan sentiasa bekerjasama seperti adikberadik adalah prinsip warga Hospital Sentosa,” katanya.

Dr Rosliwati yang juga Pengerusi Sambutan 60 Tahun Hospital Sentosa Kuch- ing berkata demikian dalam ucapan alu- aluannya pada Hari Terbuka Hospital Sentosa Kuching sempena ulang tahun ke-60 sejak penubuhannya semalam.

Hari terbuka itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuching Dri Kelvin Yii yang mewakili Timbalan Menteri Perdagan- gan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Dr Rosliwati juga memberitahu, ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Sentoasa juga banyak membantu dan memberi inspirasi kepada pesakit atau klien secara langsung dan warga hospital secara tidak langsung.

“Kita juga berjaya menyediakan ‘Buku Nostalgia 60 Tahun Hospital Sentosa’ yang memaparkan unit-unit yang ada di Hospital Sentosa, fungsi unit dan aktiviti yang dijalankan,” ujarnya.

Tema yang dipilih oleh Jawatankuasa 60 Tahun Hospital Sentosa adalah ‘Sayangi Sentosaku’.

Sejarah Hospital Sentosa bermula apabila Unit Psikiatri mula beroperasi di Hospital Umum Kuching pada 1948.

Ia adalah satu- satunya hospital yang wujud pada waktu itu.

Pada 1953, perancangan untuk membina sebuah hospital mental yang mempunyai 338 katil telah dipersetujui namun pembinaan hanya bermula pada 1957 di atas tanah dengan keluasan 46.98 ekar di Batu 7, Jalan Penrissen, di sini.

Anggaran kos pembinaan ketika itu adalah sekitar RM2.5 juta yang mana RM1.5 juta dibiayai Kerajaan British.

Para pesakit kemudiannya dipindahkan dari blok lama Hospital Umum Sarawak ke hospital ini pada 22 Mei 1958 dan pembukaannya diisytiharkan secara rasmi oleh Sir Anthony Abell pada 6 Jun 1958.

Nama asal hospital ini ialah Hospital Mental Sarawak tetapi kemudian ditukar nama kepada Hospital Sentosa pada 1 Ogos 1998 yang telah dipilih dan diumumkan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Allahyarham Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce Mohd Noor.

Turut sama memeriahkan lagi sambutan semalam Pengerusi Yayasan Kesihatan Mental Cabang Sarawak, Dr Ismail Drahman, Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr Asri Rifin, dan Mejar Yunos Yusof yang mewakili Briged Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin selaku Panglima Briged Ketiga Infantri.

— Gambar Penerangan

SEDIA BERKHIDMAT: Dr Rosliwati menyampaikan cenderamata kepada Dr Kelvin yang merasmikan Hari Terbuka Hospital Sentosa Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.