Bertujuan bantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat kabinet kelmarin itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung kelmarin iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 Nov lepas.

“Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maszlee menzahirkan penghargaan kepada Ke-

Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan. Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan

menterian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini, katanya.

Maszlee berkata cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela. — Bernama

— Gambar Bernama

RAMAH MESRA: Mujahid bersalaman dengan para peserta selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di sebuah hotel terkemuka dekat Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.