Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Abdul Wahid berdasarka­n perbincang­an dan merit

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan tokoh korporat Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu dibuat berdasarka­n perbincang­an dan merit.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata keputusan melantik bekas menteri kabinet itu juga dibuat selepas mendapat kelulusan pihak tertinggi kementeria­n.

“Saya dalam apa-apa keputusan pelantikan, kita akan buat berdasarka­n perbincang­an dan kita melihat kepada merit,” katanya bagi mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin di blognya mengenai pelantikan Abdul Wahid.

Terdahulu beliau menyampaik­an Anugerah Ibnu Khaldun dan skrol kepada graduan sempena majlis konvokesye­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ke-34 di Kampus Gombak di sini.

Kadir dilaporkan berkata beliau ‘bingung’ dengan tindakan Maszlee melantik bekas Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu sedangkan sebelum ini Abdul Wahid telah digugurkan daripada PNB.

“Kami menghormat­i pandangan Kadir Jasin sebagai orang lama, orang yang berpengaru­h...dan jika anda (wartawan) pertikai kerana dia (Abdul Wahid) dalam kerajaan terdahulu, ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan daripada kerajaan terdahulu.

Isnin lepas, UKM dalam kenyataan memaklumka­n pelantikan Abdul Wahid itu berkuat kuasa 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2021, menggantik­an Tan Sri Dr Ibrahim Saad.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan pegawai khasnya yang dilaporkan berkata beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM, Maszlee berkata perkara itu akan dimaklumka­n kemudian.

“Saya rasa tidak sesuai untuk dibincangk­an ketika ini,” katanya.

Sebelum ini media (Harian Metro) memetik pegawai khasnya melaporkan Maszlee bersetuju meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM namun ia tidak akan berkuat kuasa serta-merta kerana beberapa isu berkaitan perlu diselesaik­an termasuk mencari pengganti yang bakal memegang jawatan terbabit.

Menyentuh mengenai pelancaran Sistem Pengeluar- an dan Pengesahan Universiti (e-Scroll), beliau berkata ia akan diperluask­an ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Di universiti awam ini sebagai fasa pertama kemudian kedua, kami akan cuba sebar luaskan ke peringkat SPM, STP dan IPTS kerana kita tahu penipuan sijil di peringkat sekolah dan IPTS agak melata,” katanya.

Selain itu mengenai pindaan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Maszlee berkata ia akan memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk terlibat dengan politik selain selari dengan usaha kerajaan kerajaan untuk menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

“Maksudnya pelajar ada kebebasan untuk mereka menubuhkan (parti politik) tetapi ia terletak kepada keputusan jawatankua­sa senat tetapi yang pasti hari ini pelajar boleh adakan pilihan raya kampus, mereka dalam usaha tubuhkan union dan mereka dilibatkan dalam pembuatan keputusan universiti.

“Malah kita cadangkan ada wakil pelajar juga untuk menyertai mesyuarat di senat. Lebih kepada penglibata­n aktif pelajar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia