Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada langkah pencegahan, 200 pesakit talasemia major dikesan setiap tahun

-

KUALA LUMPUR: Tanpa langkah pencegahan, dianggarka­n seramai 200 pesakit talasemia major akan dikesan setiap tahun dengan kerajaan perlu membelanja­kan RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata oleh itu adalah penting bagi rakyat Malaysia mengetahui status talasemia mereka bagi mengawal penyakit tidak berjangkit itu.

“Berbanding sesetengah negara, kos penjagaan dan rawatan talasemia di negara ini ditanggung kerajaan.

“Pembawa baka penyakit ini boleh membantu Kementeria­n Kesihatan mencegah kelahiran kes baharu pesakit talasemia dengan memilih bukan pembawa sebagai teman hidup,” katanya ketika Hari Kesedaran Talasemia Peringkat Kebangsaan 2018, di sini, semalam.

Dr Dzulkefly menjelaska­n sehingga Ogos 2018, terdapat 7,848 pesakit berdaftar dalam daftar pesakit talasemia dengan 55 peratus daripada mereka berusia bawah 20 tahun.

Menjelaska­n mengenai penyakit ini, Dr Dzulkefly berkata pesakitnya tidak dapat menghasilk­an sel darah merah kerana kecacatan baka menyebabka­n pesakit memerlukan pemindahan darah secara tetap bagi menjalanka­n kehidupan seharian.

Beliau berkata tanpa pemindahan darah, pesakit hanya dapat hidup sehingga usia tiga atau empat tahun sahaja manakala ketika ini dengan rawatan optimum mereka boleh hidup sehingga berumur lebih 40 tahun.

Dr Dzulkefly berkata sebagai usaha mengurangk­an kelahiran bayi dengan talasemia, Kementeria­n Kesihatan telah menyaring 542,284 pelajar tingkatan empat bermula 2016 sehingga 2018 dan mendapati 13,712 adalah pembawa penyakit itu.

“Kementeria­n Kesihatan menawarkan khidmat kaunseling kepada mereka dan anggota keluarga bagi menjelaska­n status pembawa dan peranan mereka dalam pencegahan.

“Mereka yang bercadang berkahwin dan mempunyai sejarah talasemia daripada keluarga terdekat boleh mengetahui status menerusi saringan di klinik kesihatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia