Prinsip PH untuk asingkan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan ( PH) memberi jaminan kepada rakyat bahawa sistem demokrasi yang telah dicalarkan oleh kerajaan terdahulu akan dipulihkan kembali bagi memberikan keyakinan semula kepada mereka.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ke arah itu, menjadi prinsip kerajaan PH untuk mengasingkan kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman dan bukannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan terdahulu.

“Kita (kerajaan) akan hormati pemisahan kuasa antara ketiga-tiga itu dan bukannya seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu yang tidak berbuat demikian sehingga bebas daripada segala undang-undang,” katanya.

“Kuasa yang akhirnya akan menentukan adalah kuasa kehakiman yang bebas pengaruh pihak tertentu yang dahulunya mereka tidak dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama kepimpinan PH Kelantan di sini, semalam.

Lebih 1,000 pemimpin PH hadir pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata rakyat perlu memberi sokongan kepada kerajaan PH demi untuk negara agar tidak berulang kecurangan yang berlaku seperti sebelum ini.

Beliau berkata erti sebenar demokrasi adalah memberikan kebebasan sebenar kepada rakyat untuk membuat pilihan kerajaan dan ia terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu apabila rakyat telah memilih kerajaan yang baharu.

Selain itu Dr Mahathir berkata kerajaan juga berjanji untuk terus mengabdikan diri kepada rakyat dan berharap segala usaha ke arah kebaikan akan berhasil.

Sementara itu, perdana menteri yakin PH akan berjaya menawan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada sambutan rakyat negeri ini

Kuasa yang akhirnya akan menentukan adalah kuasa kehakiman yang bebas pengaruh pihak tertentu yang dahulunya mereka tidak dibawa ke muka pengadilan. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

terhadap kerajaan kini.

Beliau percaya keikhlasan kerajaan untuk berbakti kepada rakyat akan dinilai oleh mereka dengan sebaik mungkin.

Mengenai janji-janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan, Dr Mahathir yakin rakyat dapat memahami keadaan sebenar apabila kerajaan kini terpaksa berjimat cermat dalam soal kewangan berikutan hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. — Bernama

— Gambar Bernama

SUMBANGAN: Mukhriz (dua kanan) merangkap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyampaikan sumbangan bantuan beg persekolahan kepada 100 pelajar asnaf pada Pelancaran Program Seribu Seri semalam.

— Gambar Bernama

BERJUMPA RAKYAT: Tun Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) ketika menghadiri perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri sempena lawatan sehari beliau ke Kelantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.