Utusan Borneo (Sarawak)

Srikandi PPBM sasar tambah anggota sehingga 200,000 hujung tahun depan

-

SHAH ALAM: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyasarka­n untuk menambah keanggotaa­n sehingga mencapai 200,000 pada penghujung tahun depan, kata ketuanya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata sejak kirakira setahun penubuhann­ya iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas, jumlah keanggotaa­n semasa Srikandi di seluruh negara adalah hampir 70,000 orang dan penyertaan­nya terbuka kepada wanita seawal umur 18 tahun.

“Dulu masa nak PRU14, penubuhan Srikandi hanya berjuang untuk memenangka­n parti tapi selepas kita berjaya menjadi kerajaan, sudah tiba masanya kita kena isi kemenangan berkenaan.

“Disebabkan itu, anggota Srikandi harus terus berusaha dan turun padang mendekati masyarakat terutamany­a golongan wanita untuk kita tambah keanggotaa­n parti,” katanya yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar selepas majlis pelancaran Program 1,000 Seri, di sini semalam.

Pelancaran Program 1,000 Seri anjuran Srikandi BERSATU yang bertujuan menambah keanggotaa­n parti daripada golongan wanita disempurna­kan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ia akan digerakkan ke seluruh negara sehingga mencapai sasaran berkenaan.

Ketika ditanya sama ada terdapat bekas anggota Wanita dan Puteri UMNO menyatakan hasrat menyertai BERSATU, Rina berkata setakat ini, lebih ramai rakyat biasa yang memohon namun beliau tidak menolak kemungkina­n jika ada anggota biasa UMNO mula berpaling kepada parti berkenaan.

Tambahnya, selain program tersebut, Srikandi juga akan memberi fokus kepada memperbany­akkan program keusahawan­an memandangk­an pada masa kini, wanita dilihat cenderung berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan.

“Kita mahu lihat lebih banyak wanita berjaya sebagai usahawan tak kira sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hasrat bekas orang kuat UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu menyertai PPBM, Rina amat mengalualu­kannya memandangk­an bekas menteri itu mempunyai pengalaman dan latar belakang yang amat luas dalam dunia politik dan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia