Utusan Borneo (Sarawak)

Barkley jangkakan sambutan tegang malam ini

-

LONDON: Pemain tengah Chelsea Ross Barkley bersiap sedia untuk sambutan yang tegang apabila kelab lamanya Everton bertandang ke Stamford Bridge pada malam ini (Ahad).

Barkley meninggalk­an Everton untuk menyertai Chelsea pada Januari lalu selepas 13 tahun di Goodison Park dan pada hujung minggu ini menentang pasukan The Toffees buat pertama kalinya sejak perpindaha­n yang kontrovers­i itu.

Pemain berusia 24 tahun itu tidak bermain untuk Everton dalam masa tujuh bulan terakhir di Merseyside disebabkan oleh masalah hamstring dan akhirnya berhijrah ke Chelsea dalam perjanjian harga potongan £15 juta (RM90 juta).

Dengan kontraknya yang hampir tamat, Barkley pada mulanya dikaitkan dengan Tottenham sebelum pertukaran ke Chelsea dan keinginann­ya untuk melanjutka­n kariernya jauh dari Everton, digabungka­n dengan sifat perpindaha­nnya yang berpanjang­an, memahitkan masanya berasma penyokong The Toffees.

Barkley menjangka penyokong Everton berkenaan akan menunjuk perasaan mereka apabila dia bersemuka dengan mereka di barat London, tetapi walaupun dia mengakui ia adalah pengalaman “yang aneh”, dia bertekad untuk tidak ditakuttak­utkan.

“Saya tidak fikir sambutan itu adalah yang terbaik,” kata Barkley kepada akhbar Evening Standard.

“Saya tidak resah, saya teruja untuk bermain menentang kelab dan rakan pasukan lama saya. Saya faham bagaimana sebahagian daripada mereka bermain, jadi ia mungkin satu kelebihan bagi saya.

“Pada hari itu, saya mungkin sedikit hemuruh kerana ia pasti rasa sedikit aneh. Saya mengalu-alukan kesempatan untuk bertemu semula dengan beberapa kakitangan di sana yang menjalin hubungan yang sangat baik dengan saya.”

Selepas dia menghadapi masalah untuk disenaraik­an dalam pasukan Chelsea di bawah pengurus lama Anto- nio Conte pada musim lepas, Barkley telah mengagumka­n pengurus baharu, Maurizio Sarri.

Pemain antarabang­sa England itu telah menjadi pemain tetap di bawah Sarri, dan menjaring- kan tiga gol dalam lima penampilan terakhirny­a untuk Chelsea.

“Saya mendekati usia 25 tahun dan saya rasa melihat ke belakang, saya dapat bermain dengan jauh lebih baik lagi (di Everton),” kata Barkley.

“Di Chelsea, saya tahu saya akan meningkat dengan jauh lebih cepat di sekitar pemain yang lebih baik, pemain kelas dunia.”

Sarri mesti memutuskan sama ada untuk menggunaka­n Alvaro Morata di hadapan selepas penyerang Sepanyol itu menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-1 pada hujung lepas ke atas Crystal Palace. Pengurus dari Itali itu menggambar­kan Morata sebagai “rapuh” selepas beberapa persembaha­n yang kurang yakin pada musim ini dan Sarri mungkin akan menaruh kepercayaa­n kepada Olivier Giroud, yang menamatkan kemarau gol selama enam bulan dengan jaringan penting dalam kemenangan 1-0 oleh Chelsea dalam Liga Europa di BATE Borisov pada Khamis lepas.

Giroud, penyerang Perancis, berkata dia menimbang untuk mendapatka­n bantuan keagamaan, sebelum dia menamatkan masa selama 794 minit tanpa menjaringk­an gol untuk Chelsea.

“Ia memang benar bahawa saya mengalu-alukannya. Saya terus berusaha gigih dalam latihan, menaruh kepercayaa­n. Saya sentiasa menjaringk­an gol,” kata Giroud.

“Pada akhirnya, ia mesti kembali. Saya tidak tahu bila, tetapi saya gembira.

“Saya gembira bagi pasukan dan bagi diri saya sendiri. Saya harap saya ada peluang untuk menjaringk­an lebih banyak gol.

“Saya fikir, perlukah saya berjumpa dengan seorang paderi atau sesuatu seperti itu? Tidak, saya bergurau sahaja.”

Sarri tidak berpuas hati dengan prestasi hambar Chelsea di BATE, walaupun menjamin kelayakan ke peringkat kalah mati dengan baki dua perlawanan lagi, dan kemungkina­n menurunkan semula tiga pemain pertahanan yang direhatkan, David Luiz, Antonio Rudiger dan Marcos Alonso.

Chelsea menduduki tempat kedua dalam EPL, dua mata di belakang pendahulu Manchester City dalam usaha mereka untuk melanjutka­n siri tanpa kalah mereka kepada 18 perlawanan dalam semua pertanding­an.

“Segalanya tidak sempurna, tetapi kami tetap berusaha,” kata Giroud. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia