Klopp bergelut dengan dilema pemain tengah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

LIVERPOOL: Ketika Jurgen Klopp cuba meneruskan cabaran Liverpool bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), keperluan untuk menyusun bahagian tengahnya kini menjadi isu yang semakin mendesak.

Perlawanan di tempat sendiri menentang kelab tercorot Fulham pada malam ini (Ahad) mungkin menawarkan peluang untuk mula memperbetulkan keadaan itu dengan memberi masa bermain yang amat penting kepada Naby Keita dan Fabinho untuk membina momentum dan keyakinan.

Kedua-dua pemain ditandatangani dengan perbelanjaan yang besar pada waktu musim panas dengan matlamat untuk mengukuhkan pilihan Liverpool di bahagian tengah.

Keita dilihat sebagai gantian bagi kelicikan Philippe Coutinho dalam serangan manakala Fabinho dilihat sebagai pemain untuk membuktikan perisai pertahanan ekoran pemergian Emre Can.

Kedua-dua pemain itu belum lagi dapat membuktikan diri sebagai kehadiran yang berpengaruh di England, dan Klopp, pengurus The Reds, umumnya bergantung kepda pemain yang digunakan pada musim lepas.

Klopp menyatakan kedua-dua pemain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di sebuah negara baharu, selepas Keita, pemain antarabangsa Guinea, tiba dari kelab Jerman, RB Leipzig, dan Fabinho dari Brazil datang dari kelab Ligue 1 Perancis, Monaco.

Walaupun ia dapat difahami bahawa kedua-dua pemain tidak akan menyerlah serta- merta, keperluan bagi mereka untuk menemui rentak telah menjadi semakin segera, ekoran ketiadaan cetusan kreatif dalam bahagian tengah Liverpool.

Jika barisan hadapan yang terdiri daripada Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane gagal untuk mencapai kehebatan pada musim lepas, perkara sama yang juga benar bagi bahagian tengah, di mana Alex Oxlade-Chamberlain yang cedera amat dirindui.

Liverpool, kini di tempat ketiga dalam EPL, tidak begitu mengancam seperti pada musim lepas dalam perjalanan mereka ke peringkat akhir Liga JuaraJuara.

Fabinho masih ada kerja untuk dibuat bagi mendapatkan tempat permulaan. Bagaimanapun Keita pasti akan kerap bermain apabila dia dapat menyesuaikan diri dan pertemuan dengan kelab bermasalah Fulham mungkin tempat yang ideal untuk bermula. — AFP

KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.