AXIS FC dan SSN Sarawak tempah tiket ke separuh akhir Piala Abang Johari

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

KUCHING: Juara K-League 2018, AXIS FC dan SSN Sarawak menempah tiket ke separuh akhir saingan Piala Abang Johari 2018 selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi suku akhir semalam.

Seperti diramal, AXIS FC tidak berdepan masalah mara ke kelompok empat pasukan terbaik selepas menjinakkan Tanjung Datu Lundu dengan 4-0 pada perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Gol-gol pasukan kendalian Ideris Untong itu dijaringkan pada oleh Izray Iffarul (minit ke- 35), Zulikhsan Salleh (minit ke-55), Shahriza Abu Bakar ( minit ke- 86) dan Mohd Syafiq Khairul Anuar (minit ke-88).

Sementara itu, SSN Sarawak membuktikan statusnya sebagai pencabar trofi berprestij itu dengan melakarkan kemenangan besar 4-1 menundukkan Enraz FC di Padang D, Petra Jaya di sini semalam.

Gol-gol SSN Sarawak dijaringkan oleh Nor Azizi ( minit ke- 32), Mohd Shazwan (minit ke-50 dan ke-60) serta Abdul Rahim minit ke-52.

Manakala gol sagu hati Enraz FC dijaringkan oleh Amirul Iqmal menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.

Petang ini, dua lagi perlawanan berlangsung membabitkan pertemuan di antara KSK Satok menentang UiTM Sarawak FC di Stadium Sarawak.

Manakala Rzurf Excellent berkunjung ke Stadium Mini Lundu menentang Belia Lundu.

Kedua- dua perlawanan bermula jam 3.30 petang.

— Gambar Bernama

BERAKSI CEMERLANG: Tze Liang (tengah) bergambar bersama pesaingnya setelah meraih pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal lelaki sempena Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

LEPAS: Penyerang AXIS FC, Zulikhsan Salleh (kiri) cuba melepasi pertahanan Tanjung Datu Lundu pada perlawanan suku akhir Piala Abang Johari 2018 di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.