Datuk bandar Rom hadapi hukuman penjara lakukan rasuah
ROM: Pendakwa raya umum Rom kelmarin meminta satu hukuman penjara selama sepuluh bulan untuk datuk bandar populis di bandar ini Virginia Raggi bagi tuduhan mengamalkan korup.
Raggi, yang menjadi datuk bandar wanita pertama di bandar pada 2016 dan berasal dari Five Star Movement, telah dituduh melakukan kenyataan palsu berkaitan dengan pelantikan Renato Marra sebagai ketua pelancongan Rom.
Abang Marra, Raffaele Marra merupakan seorang bekas ketua kakitangan Rom yang pernah dianggap sebagai pembantu kanan Raggi namun sekarang turut berdepan dengan tuduhan rasuah berasingan yang menyebut ketibaan Raggi di dewan perbandaran.
Raffaele Marra telah dipenjarakan selama beberapa bulan dan berdepan satu hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan.
Kaunsel pembelaan Raggi akan merayu bagi kesnya semalam dan satu keputusan telah dijangkakan pada hari yang sama.
Di Itali, hukuman di bawah dua tahun adalah selalunya ditangguhkan. — AFP MELBOURNE: Seorang warga Australia yang dilahirkan di Somalia yang melakukan serangan pisau berdarah di Melbourne mempunyai pandangan pelampau dan dikenali badan perisikan, kata pihak berkuasa semalam, manakala mereka menjalankan serbuan dan menyoal siasat puluhan saksi.
Polis Persekutuan Australia berkata Hassan Khalif Shire Ali yang berusia 30 tahun dan ditembak mati selpas dia memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan muatan silinder gas ke pusat bandar raya dan menikam tiga orang, lari ke Australia ketika kanak-kanak bersama keluarganya pada 1980-an.
Dia menikam tiga orang sebelum dicabar oleh orang ramai dan pegawai bersenjata yang akhirnya menembaknya di bahagian dada. Salah seorang mangsanya maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.
Pihak berkuasa sudah menyoal kira-kira 35 orang yang menyaksikan serangan waktu kemuncak itu, yang walaupun kasar, dikatakan telah dirancang untuk “menyebabkan ketakutan dan menyebabkan kematian maksimum” di pusat bandar raya kedua yang sibuk di Australia.
Pegawai bersenjata menyerbu dua alamat di barat dan timur laut bandar raya, yang dikaitkan dengan keluarga dan kenalan suspek, tetapi ancaman berterusan dipercayai tidak ada.
Lelaki yang dibunuh oleh Shire Ali dinamakan oleh media tempatan sebagai Sisto Malaspina, seorang ikon berusia 74 tahun bagi budaya kulinari yang pesat berkembang di Melbourne dan pengusaha sebuah kafe Itali yang terkenal.
Dua lelaki lain yang cedera dalam serangan itu masih menerima rawatan tetapi dijangka akan pulih.
Pihak berkuasa Australia sekarang berdepan dengan persoalan yang sukar tentang bagaimana Shire Ali, yang dikenali Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia sekurang-kurangnya selama tiga tahun, dapat melancarkan serangan.
Pasport Australianya ditarik balik pada 2015 ekoran kebimbangan bahawa dia cuba pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS).
Adiknya akan menghadapi perbicaraan pada tahun depan atas tuduhan berkaitan keganasan yang berasingan, dituduh cuba mendapatkan senjata api dan membunuh orang ramai yang meraikan Ambang Tahun Baharu.
“Penilaian telah dibuat bahawa walaupun dia mempunyai pandangan radikal, dia tidak menimbulkan ancaman kepada persekitaran keselamatan negara,” kata Ian Mccartney, seorang pegawai antiterorisme polis persekutuan, tentang Shire Ali.
Mccartney menyifatkan serangan itu sebagai “seruan untuk bangun” walaupun IS kehilangan wilayah di Iraq dan Syria, di mana tentera Australia menjadi sebahagian daripada perikatan yang memerangi kumpulan tersebut.
“Keadaan tentang bagaimana dia dan bila dia beralih daripada mempunyai pandangan yang radikal ini kepada melancarkan serangan ini semalam akan menjadi fokus penting dalam siasatan,” kata Mccartney.
IS yang sering mengaku bertanggungjawab bagi serangan sedemikian berkata menerusi sayap dakyahnya bahawa suspek adalah seorang “pejuang Negara Islam dan melancarkan operasi itu”.
Ia tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.
Rakaman saksi menunjukkan polis bergelut sekurang-kurangnya selama seminit untuk mengepung suspek yang menerkam, melibas dan menikam dengan liar dua anggota polis.
Sekurang-kurangnya dua anggota awam masuk campur untuk membantu polis. Seorang lelaki bersenjatakan kerusi kafe manakala seorang lagi yang pantas digelar “hero Aussie” dalam media sosial berulang kali cuba merempuh suspek dengan kart beli-belah besi yang kosong.
Namun serangan terus berlaku sebelum seorang anggota polis memilih kekerasan dan menembak bahagian dada suspek.
Anggota polis “cuba meredakan keadaan secara lisan”, kata Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton.
“Apabila anggota polis berpandangan ancaman kepada nyawa tidak dapat dielakkan, ketika itulah senjata api dikeluarkan,” tambahnya.
Saksi Chris Newport, 60, menceritakan bagaimana dia pulang dari satu temu janji pekerjaan apabila dia terdengar bunyi bising yang kuat dan melihat sebuah trak terbakar, dan bergolek melintasi landasan trem sebelum bunyi letupan kedua yang lebih kuat berlaku.
“Dalam sesaat, segalanya berubah,” kata Newport kepada AFP, dan menggambarkan Shire Ali sebagai menunjukkan pisau dengan gila.
“Anda tidak dapat bayangkan seseorang yang membuat keputusan untuk berbuat demikian.”
Polis berkata alat letupan yang dia buat sendiri diperbuat daripada silinder gas dan sebentuk pemetik api dan “ternyata tidak canggih”.
Perdana Menteri Australia Scotta Morrison berkata negara itu akan ragu-ragu dalam usaha memerangi “Islam yang radikal, ganas dan melampau, yang menentang cara hidup kita”.
Shire Ali “cuba memupuk ketakutan di negara kita. Seperti mereka yang mencuba sebelumnya, pengganas ini gagal,” katanya.
Beliau menyebut tentang lebih 12 komplot pengganas yang gagal sebagai bukti bahawa rakyat Australia boleh menaruh kepercayaan keapda pihak berkuasa antiterorisme mereka.
Melbourne merupakan bandar raya kedua terbesar di Australia, sebuah metropolis kosmopolitan dengan hampir lima juta penduduk yang terkenal dengan kafe, bar, restoran dan taraf hidupnya yang tinggi.
Serangan kelmarin merupakan tamparan berganda bagi bandar raya tersebut kerana ia berlaku pada waktu perbicaraan pembunuhan sedang diadakan bagi James Gargasoulas, 28, yang dituduh melanggar orang ramai dengan keretanya di kawasan yang sama pada 2017, dan membunuh enam orang.
Motif bagi serangan itu masih belum jelas. — AFP