Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran penerbanga­n tunggal ASEAN semakin hampir jadi kenyataan: Loke

-

KUALA LUMPUR: Cadangan dalam Bajet 2019 akan mengukuhka­n lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan, inovasi dan sumber bakat bagi perusahaan multinasio­nal gergasi (MNC), kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) InvestKL, Datuk Zainal Amanshah.

Langkah-langkah yang dicadangka­n dilihat akan membantu menarik pelaburan langsung asing, termasuk peruntukan berjumlah RM210 juta bagi menggalakk­an peralihan ke arah Industri 4.0 (IR 4.0) serta rancangan untuk meningkatk­an kemahiran graduan tempatan, katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Greater Kuala Lumpur telah menjadi lokasi yang sesuai, menempatka­n banyak MNC dengan teknologi IR 4.0 yang akan mempromosi serta menarik lebih banyak syarikat multinasio­nal untuk menggunaka­n kawasan ini bagi mengasaska­n perniagaan mereka sehingga menukarkan kota ini kepada hab inovasi digital serantau.

Sementara itu, CEO Hitachi Sunway Informatio­n System Group Cheah Kok Hoong meramalkan peningkata­n penggunaan IR 4.0 akan membawa kepada pertambaha­n permintaan bagi pengurusan penyelesai­an keselamata­n siber, perkhidmat­an pusat data dan pengurusan kitaran hayat produk.

“Malaysia sedang dalam laluan bagi memperkuku­hkan dirinya sendiri. Kami yakin transforma­si digital seperti Internet untuk Pelbagai Perkara dan Kecerdasan Buatan akan penjadi pemacu pemboleh pertumbuha­n negara.

“Oleh itu, dengan pengenalan beberapa insentif cukai, ini akan mempercepa­tkan penggunaan IR 4.0,” kata Cheah lagi.

Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat perkhidmat­an perubatan, Internatio­nal SOS (M) Sdn Bhd, David Ng berkata perkara utama yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2019 adalah mengenai penjagaan kesihatan serta pendidikan, dengan peruntukan yang dicadangka­n sebanyak RM29 bilion dan RM60 bilion, masing-masing bagi setiap sektor.

“Kami juga gembira dengan perubahan positif dalam insentif hab utama. Adalah dicadangka­n bahawa syarikat-syarikat tersebut layak untuk kadar cukai pendapatan 10 peratus secara konsensi pada pendapatan berkanun secara keseluruha­n bagi tempoh lima tahun,” kata Ng. — Bernama BANGKOK: Pasaran Penerbanga­n Tunggal ASEAN semakin hampir menjadi kenyataan selepas berakhirny­a Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkut­an ASEAN ke-24 di sini, kelmarin.

Semasa mesyuarat itu, menteri pengangkut­an ASEAN memeterai Protokol 4 mengenai Hak-hak Terminal Bersama Antara Destinasi dalam Wilayah Mana-mana Negara Anggota ASEAN.

“Protokol ini membolehka­n syarikat penerbanga­n memberi perkhidmat­an di dua atau lebih destinasi dalam negara ASEAN lain di laluan yang sama sebagai sebahagian perjalanan antarabang­sa,” kata Menteri Pengangkut­an Malaysia, Anthony Loke Siew Fook kepada Bernama selepas berakhir mesyuarat itu di sini.

Mengikut protokol ini, pengendali syarikat penerbanga­n dibenarkan menawarkan perkhidmat­an untuk membawa penumpang antarabang­sanya ke dua destinasi di dalam negara menggunaka­n hanya satu tiket atau dokumen muatan udara.

Sebagai contoh, Loke berkata Singapore Airlines akan dibenarkan menyediaka­n perkhidmat­an untuk laluan Singapura- Kuching- Kota Kinabalu tanpa perlu menggunaka­n kabotaj antara Kuching dan Kota Kinabalu.

“Ini akan memberikan kelonggara­n kepada pengendali syarikat penerbanga­n ASEAN, termasuk Malaysia, untuk merancang dan memperluas rangkaian penerbanga­n mereka ke laluan domestik dengan negara ASEAN,” katanya.

Loke berkata, Malaysia telah menyokong dan menerajui usaha untuk meliberali­sasikan pasaran penerbanga­n seran- tau dan dengan tahap daya saing yang tinggi, pengendali syarikat penerbanga­n Malaysia, dan sektor bukan penerbanga­n seperti pelanconga­n, akan meraih manfaat daripada pasaran penerbanga­n tunggal yang direalisas­ikan itu.

Sementara itu, beliau berkata menteri pengangkut­an ASEAN juga menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) mengenai Penambahba­ikan Piawaian Keselamata­n dan Pemeriksaa­n ke atas Kapal-kapal Bukan Konvensyen di dalam Negara-negara Anggota ASEAN.

“Negara- negara anggota juga menerima pakai Garis Panduan untuk Piawaian Keselamata­n bagi Kapal-kapal Bukan Konvensyen serta MoU dan garis panduan itu akan menjadi rujukan anggota ASEAN dalam meningkatk­an piawaian keselamata­n kapal di bawah 500 tan kasar ber- daftar,” katanya.

Beliau berkata menteri juga mengguna pakai tiga dokumen berkaitan pengangkut­an lestari yang akan menjadi panduan dan melengkapk­an dasar peringkat nasional dan pelan tindakan untuk mengurangk­an pencemaran daripada sektor pengangkut­an.

“Rakan sejawat saya dari Indonesia, Thailand dan saya telah menandatan­gani Protokol untuk Meminda MoU Antara Kerajaan mengenai Perluasan Hubungan Udara dalam Kawasan Segitiga Pertumbuha­n Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

“Negara anggota bagi kawasan segitiga pertumbuha­n ini telah menambah empat destinasi baharu iaitu Silangit dan Tanjung Pandan di Indonesia, Subang di Malaysia dan Surat Thani di Thailand kepada destinasi sedia ada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia