Lima terbunuh kebakaran semakin marak di California
150,000 dipindahkan ketika kebakaran hutan semakin marak memusnhakan sekitar California, turut ancam Malibu
PARADISE: Lima orang telah disahkan meninggal dunia dan 150,000 orang dipindahkan kelmarin ketika kebakaran hutan semakin marak memusnahkan sekitar negeri California di barat AS, dengan kebakaran yang merebak dengan pantas mengancam pusat peranginan terkenal Malibu.
Mangsa telah terkorban di dalam kenderaan mereka cuba untuk melarikan diri dari kebakaran besar-besaran di pekan Paradise di utara California, di mana seluruh populasi seramai 26,000 orang telah diarahkan untuk pergi, menurut pihak berkuasa.
“Siasatan awal mendedahkan mangsa telah dikesan di dalam kenderaan yang telah musnah dimamah ‘Camp Fire’,” menurut satu kenyataan oleh Jabatan Syerif Butte County, sambil menambah mereka masih belum dikenal pasti.
Beberapa orang lagi telah dilaporkan hilang.
Penduduk yang berjaya melepaskan diri dari Paradise menghantar rakaman video yang menakutkan ke media sosial ketika mereka memandu melalui terowong bagi asp yang berkepul-kepul dan api jingga untuk meninggalkan kebakaran hutan di pekan Butte County, di utara Sacramento.
Camp Fire yang merebak dengan pantas dimarakkan lagi oleh angin kuat untuk memusnahkan 20,000 ekar dan tidak dapat dikawal, menurut jabatan Bomba California (Cal Fire).
Kebakaran telah memusnahkan beratus-ratus rumah, sebuah hospital, sebuah stesen minyak, beberapa restoran dan beberapa kenderaan di Paradise, menurut pihak berkuasa.
Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melihat beberapa rumah hangus terbakar, sementara beberapa buah lagi rentung hingga menjadi debu dan kereta yang terbakar dengan teruk.
Pihak berkuasa telah mengemukakan arahan pemindahan mandatori bagi lebih dari 50,000 orang di kawasan yang menarik di kaki bukit Sierra Nevada, termasuk beberapa penduduk di Chico, populasi seramai 93,000 orang, berhampiran Paradise.
“Magnitud bagi kemusnahan yang kami telah lihat adalah benar- benar tidak dapat dipercayai dan menyedihkan dan hati kami bersama dengan semua orang yang telah terjejas akibat kejadian ini,” menurut Mark Ghilarducci, pengarah bagi Office of Emergency Services di Pejabat Gabenor.
Bakal Gabenor California Gavin Newsom telah men- gumumkan satu perintah darurat bagi memberikan bantuan ke kawasan yang dilanda kebakaran.
Seorang jurucakap Cal Fire menyatakan kira-kira 2,000 bangunan telah dipercayai musnah terbakar di Paradise. Di antara mereka yang dipindahkan adalah semuanya pesakit di Feather River Hospital di Paradise.
Lebih dari 2,200 anggota bomba telah berusaha memadamkan kebakaran, dibantu oleh beberapa helikopter dan kenderaan tangki air.
“Seluruh kawasan bawah Paradise telah dijilat api sepenuhnya pada masa sekarang,” Kevin Winstead, seorang penduduk di Megalia berhampiran, memberitahu KIEM TV. “Kesemuanya telah dijilat api sekarang.
“Tiada satu pun rumah yang akan terlepas,” kata beliau. “Saya berasa sangat kecewa.”
“Kami hanya berharap bahawa rumah baharu kami yang kami harapkan untuk diami esok tidak akan hangus terbakar,” kata Winstead. “Kami berasa sangat bimbang sekarang.”
Pihak berkuasa menyatakan kira-kira 105,000 orang telah dipindahkan di selatan California.
‘Woolsey Fire’, di Ventura County telah menyebabkan arahan pemindahan bagi beberapa bahagian di bandar Thousand Oaks, di mana se- orang veteran Marine Corps telah menembak mati 12 orang di sebuah bar muzik country pada malam Rabu.
Sebahagian dari responden pertama yang bergegas ke tempat kejadian bagi kejadian tembakan beramai- ramai kedua dalam tempoh kurang dari dua minggu di Amerika Syarikat telah turut membantu bagi tugas-tugas berkaitan dengan kebakaran.
Jabatan Bomba Ventura County menyatakan kebakaran telah memusnahkan kira-kira 8,000 ekar tanah dan arahan pemindahan telah dikeluarkan untuk kira-kira 88,000 rumah di Ventura County dan kawasan berhampiran Los Angeles County.
‘Woolsey Fire’ telah merentasi Highway 101 berhampiran pekan Agoura Hills dan beberapa bahagian di bahagian utara selatan pantai utama telah ditutup, mencetuskan pemindahan mandatori, termasuk seluruh bandar Malibu.
Pusat peranginan itu merupakan salah satu dari lokasi yang paling banyak mendapat permintaan di California di kalangan bintang-bintang Hollywood yang ingin mendapatkan privasi dan kemewahan, dan menjadi kediaman bagi Leonardo DiCaprio, Jack Nicholson, Jennifer Aniston, Halle Berry, Charlize Theron, Brad Pitt dan beberapa selebriti lain. — AFP