Utusan Borneo (Sarawak)

OPS LIBAS TERUS BERHASIL

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

BN12 PGA dan JIM Miri tahan 91 PATI dalam serbuan ke atas ladang sawit di Niah.

MIRI: Hasil risikan dan intipan selama hampir sebulan membuahkan hasil apabila 91 lelaki warga Indonesia yang dipercayai masuk ke negara ini secara haram ditahan dalam serbuan ke atas sebuah ladang kelapa sawit di Niah dekat sini, awal pagi kelmarin.

Serbuan dijalankan dalam operasi bersepadu dinamakan Ops Libas oleh Batalion Ke12 (BN12) Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Miri kira-kira pada jam 1.30 pagi.

Pegawai Pemerintah BN12 PGA Superinten­den Tan Hiap Seng berkata, serbuan dilakukan selepas hasil risikan dan intipan mendapati terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di ladang kelapa sawit tersebut.

“Melalui pemeriksaa­n dibuat, kita mendapati 85 orang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, sementara enam lagi telah tamat tempoh perjalanan yang sah.

“Kesemua yang ditangkap berumur antara 15 dan 56 tahun kemudianny­a ditahan di Depot Tahanan Imigresen Bekenu dan kes diserahkan kepada JIM Bahagian Miri untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di pejabat BN12 PGA di sini, semalam.

Serbuan terbabit dilakukan 64 pegawai dan anggota BN12 PGA diketuai Inspektor Rizuan Makladin bersama enam pegawai imigresen.

Seramai 85 PATI disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala enam lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama, katanya.

Sementara itu, Tan turut mendedahka­n pada tahun ini hingga November, BN12 PGA bersama JIM Bahagian Miri telah melancarka­n 17 serbuan dalam Ops Libas di mana sejumlah 367 PATI berjaya ditahan.

“Daripada jumlah berkenaan, 360 adalah warga Indonesia, enam warga Filipina dan seorang dari Timor Leste,” jelasnya.

Beliau turut memberi peringatan kepada para majikan daripada sektor perladanga­n dan pembinaan agar tidak sesekali menggaji PATI.

“Jikalau kita menggaji mereka ini (PATI), akan ada banyak implikasi akan berlaku sebab mereka datang tanpa sebarang dokumen yang sah dan kita tidak mengetahui latar belakang mereka.

“Apabila PATI ini datang ke sini, mungkin selepas itu mereka akan terlibat dengan lain-lain aktiviti yang kita tidak tahu (jenayah),” katanya.

 ??  ?? KEJAYAAN: Tan (duduk, tengah) bersama pegawai dan anggota BN12 PGA menunjukka­n beberapa gambar lokasi serbuan di mana 91 PATI berjaya ditahan pada sidang media semalam. PEMERIKSAA­N: Sebahagian warga asing yang dikumpulka­n untuk diperiksa.
KEJAYAAN: Tan (duduk, tengah) bersama pegawai dan anggota BN12 PGA menunjukka­n beberapa gambar lokasi serbuan di mana 91 PATI berjaya ditahan pada sidang media semalam. PEMERIKSAA­N: Sebahagian warga asing yang dikumpulka­n untuk diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia