Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat

Dua rumah di Kampung Gua Ming, di Sri Aman dinaiki air dua kaki

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Hujan lebat sejak awal malam kelmarin menyebabka­n dua rumah di Kampung Gua Ming, dekat sini dinaiki air sedalam dua kaki.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, hujan lebat sejak jam 7.30 malam kelmarin menyebabka­n dua rumah berkenaan dinaiki air.

Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diberikan penduduk kampung, empat anggota APM Sri Aman dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu dua keluarga memindahka­n barang mereka ke tempat yang lebih selamat.

Beliau menambah, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua keluarga yang merangkumi lima orang masih berada di rumah masing- masing.

“Pihak kami membantu dua keluarga berkenaan memindahka­n barang mereka ke tempat yang lebih selamat,” ujarnya.

Menurut salah sebuah ke-

Pihak kami membantu dua keluarga berkenaan memindahka­n barang mereka ke tempat yang lebih selamat. Siti Huzaimah Ibrahim Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sri Aman

luarga yang terlibat dengan banjir berkenaan, banjir melanda rumah mereka setelah hujan lebat sejak jam 7.30 malam.

Mereka percaya kejadian banjir berkenaan berpunca daripada parit besar tidak jauh dari rumah mereka.

“Sistem perparitan yang tersumbat menyebabka­n air parit melimpah dan membanjiri rumah kami sedalam dua kaki,” jelasnya.

Jelasnya lagi, air parit mulai naik sejak jam 10.15 malam sebelum surut sepenuhnya sekitar jam 11.30 malam.

Dalam pada itu, Siti memberitah­u, setakat ini tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

 ??  ?? GEGAS: Anggota APM Sri Aman membantu dua keluarga memindahka­n barang milik mereka ke tempat yang lebih tinggi di Sri Aman lewat malam kelmarin.
GEGAS: Anggota APM Sri Aman membantu dua keluarga memindahka­n barang milik mereka ke tempat yang lebih tinggi di Sri Aman lewat malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia