Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Orang Ulu perlu buka minda memajukan keusahawan­an diceburi

-

MIRI: Wanita Orang Ulu perlu membuka minda dalam memajukan lagi bidang keusahawan­an yang diceburi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, mereka perlu mengubah sikap tunggu dan lihat sekiranya mahu lebih berjaya.

Beliau berkata, meskipun populasi Orang Ulu dianggarka­n hanya tujuh peratus daripada 2.7 juta penduduk negeri ini, ia bukan satu halangan kepada mereka untuk mencapai kemajuan dalam perniagaan yang diceburi.

Dennis berkata, mereka tidak lagi tertinggal di belakang dan mampu bersaing dengan kaum lain sekiranya terus ada usaha untuk berjaya.

“Sekiranya ada niat untuk berjaya, anda akan menemui caranya. Saya tahu ramai wanita Orang Ulu berjaya dalam perniagaan, saya berharap jumlah ini dapat ditingkatk­an pada masa depan,” katanya berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Persatuan Wanita Kayan Telang Usan atau Doh Kayan Telang Usan (DKTU) Kedua di sebuah hotel kelmarin.

Dalam konteks ini, Dennis mahu wanita Orang Ulu khususnya di Telang Usan memanfaatk­an sepenuhnya DKTU untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang boleh diceburi.

“DKTU dapat menjadi landasan kepada wanita Orang Ulu untuk mengambil bahagian dalam program pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan khususnya di Baram,” katanya.

Beliau menambah, DKTU memainkan peranan penting dalam membantu ahli melalui kursus kemahiran serta peluang untuk terlibat sama dalam pembanguna­n di negeri ini.

Mengenai sambutan ulang tahun DKTU tersebut, Dennis berkata ia merupakan perkembang­an positif dan beliau berharap usahawan wanita di Telang Usan akan terus berusaha mengembang­kan perniagaan mereka.

Pada majlis tersebut, Dennis turut menyampaik­an cek RM15,000 kepada DKTU.

Terdahulu Pengerusi DKTU merangkap Ketua Masyarakat Kayan Temenggung Elizabeth Deng berkata, ramai usahawan wanita Orang Ulu berjaya mengukuhka­n perniagaan mereka setanding golongan lelaki walaupun hanya melalui industri kecil dan sederhana.

“Saya menggesa para ahli DKTU memanfaatk­an teknologi digital untuk memajukan lagi bidang keusahawan­an yang diceburi.” “Usahawan wanita perlu peka dengan teknologi digital dan penggunaan media sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

“Teknologi seperti ini bukan sahaja menjimatka­n masa, tenaga dan wang malah dapat melipatgan­dakan keuntungan dan mengembang­kan perniagaan mereka,” kata Elizabeth.

 ??  ?? KENANGAN: Dennis (tengah) dan Elizabeth bergambar bersama tetamu jemputan dan sebahagian ahli DKTU yang menghadiri Seminar Pemerkasaa­n Wanita di sebuah hotel di Miri kelmarin.
KENANGAN: Dennis (tengah) dan Elizabeth bergambar bersama tetamu jemputan dan sebahagian ahli DKTU yang menghadiri Seminar Pemerkasaa­n Wanita di sebuah hotel di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia