Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan Belia Lun Bawang tunjuk kepimpinan cemerlang: Gerawat

-

MIRI: Persatuan belia amat penting sebagai landasan untuk memperkasa dan mempersiap generasi muda dalam meneruskan legasi kepimpinan masa depan.

Timbalan Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, masa depan negara yang cemerlang bergantung kepada kualiti belia hari ini.

Gerawat berkata, sebagai pemimpin dari generasi tua, kerajaan memang dalam perancanga­n hendak menyerahka­n kuasa kepada generasi belia, namun persoalann­ya bila masa yang tepat.

“Kalau terlalu lambat, memang kumpulan belia akan rasa kecewa kerana merasakan peranan mereka tidak diperlukan dalam masyarakat. Namun jika kuasa diserahkan terlalu awal mungkin mereka tidak sedia.”

“Penyerahan kuasa datang dengan tanggungja­wab dan keupayaan meneruskan kepimpinan sedia. Justeru kumpulan belia perlu bersiap sedia untuk menggalas tanggungja­wab ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (PBLS) Cawangan Belia di sebuah hotel malam kelmarin.

Dalam konteks ini, Gerawat yang juga penasihat Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) berbangga kerana belia Lun Bawang berjaya membuktika­n mereka mampu menggalas tanggunjaw­ab dan menunjukka­n kepimpinan cemerlang melalui aktiviti yang dilaksanak­an.

“Saya lihat Cawangan Belia Lun Bawang sudah membuktika­n diri mereka mampu memainkan peranan penting dalam masyarakat.

“Saya berharap kumpulan belia daripada persatuan lain di bawah FORUM mencontohi mereka dalam mentadbir dan menguruska­n aktiviti.

“Sebagai contoh kejayaan ialah menganjurk­an majlis makan malam gala, Festival Irau Aco Lun Bawang di Lawas selain menganjurk­an banyak aktiviti sepanjang tahun. Saya berharap komitmen ini dicontohi dan diteruskan,” katanya.

Gerawat turut menyaranka­n cawangan belia agar mengadakan lebih banyak aktiviti untuk merapatkan silaturahi­m dalam kalangan belia khususnya di kawasan bandar di samping mengekalka­n semangat kemasyarak­atan.

Katanya, generasi belia hari ini boleh mengadakan pertemuan dan menyusun program bersama seiring dengan perkembang­an semasa meskipun ia tidak mudah dilakukan kerana masingmasi­ng tinggal berasingan di bandar.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada 15 penerima Anugerah Belia 2018 yang mengiktira­f kejayaan dan pencapaian golongan belia Lun Bawang dalam pelbagai bidang.

“Saya berharap anugerah ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada golongan belia Lun Bawang untuk terus meningkatk­an prestasi dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya.

Sebagai sokongan usaha belia Lun Bawang dan kebajikan ahli-ahlinya, Gerawat turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 bagi tahun depan.

Hadir sama Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak Ipoi Datan dan Pengerusi PLBS Cawangan Belia Petrus Lasong dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas Datuk Mutang Tagal.

 ??  ?? TAHNIAH: Gerawat (kanan) menyampaik­an Anugerah Belia 2018 kepada Jude Binjamin Lisa bagi Kategori Hiburan dan Seni, kelihatan sama Ipoi (kiri) dan Petrus.
TAHNIAH: Gerawat (kanan) menyampaik­an Anugerah Belia 2018 kepada Jude Binjamin Lisa bagi Kategori Hiburan dan Seni, kelihatan sama Ipoi (kiri) dan Petrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia