Utusan Borneo (Sarawak)

STAR bercadang tubuh Tabung Pendidikan dan Kebajikan Old Star

-

KUCHING: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman ( STAR) bercadang untuk menubuhkan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Old Star.

Presiden Old Star Datuk Dr Malike Mahli berkata penubuhan tabung ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, cadangan itu hanya dapat direalisas­ikan dengan sokongan daripada semua alumi Old Star.

“Sepanjang Old Star diwujudkan, banyak sumbangan telah disampaika­n kepada ahli serta pelajar STAR sendiri.

“Justeru kita berhasrat menubuhkan Tabung Pendidikan dan Kebajikan Old Star dengan harapan ia akan mendapat sokongan daripada alumni- alumni Old Star,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Silaturahi­m Old Star di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, malam kelmarin.

Selain menubuhkan tabung tersebut, persatuan menurut Malike turut bercadang menyambut Perayaan Jubli Intan Old Star pada 2020.

Sekolah itu katanya, telah merayakan Jubli Emas lapan tahun lepas sempena genap 50 tahun usia sekolah dan pada 2020 genaplah 60 tahun usia sekolah.

Mengimbau sejarah penubuhan sekolah itu, ia dibuka pada 31 Januarai 1960 hasil usaha sekumpulan cendekiawa­n Melayu di Kuching ketika itu.

Antara pelapor sekolah berkenaan ialah ayah kepada Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki dengan pengerusi pertamanya adalah Suut Tahir disusuli Tun Rahman Yakub.

Persatuan Old Star katanya, ditubuhkan 33 tahun selepas sekolah itu dilancarka­n iaitu pada 31 Januari 1993.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia