Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bakal menjadi tumpuan umat Islam Institusi al-Quran yang bakal direalisas­ikan merangkumi kajian tafsiran selain membaca al-Quran

-

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tumpuan umat Islam bukan sahaja untuk membaca al- Quran tetapi turut merangkumi kajian tafsiran apabila rancangan mewujudkan institusi al- Quran dapat direalisas­ikan.

Demikian kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching di Kampung Telaga Air di sini, malam kelmarin.

Dr Abdul Rahman berkata, ketika ini beberapa ketua agensi agama dari Sarawak berada di negara Timur Tengah untuk belajar pendekatan memperkasa al-Quran.

Malah menurutnya, pada masa ini cadangan tersebut berada peringkat perbincang­an lanjut.

“Kita mahu buat berbeza sedikit berbanding Darul

Kita mahu buat berbeza sedikit berbanding Darul Al-Quran yang terdapat di Semenanjun­g Malaysia. Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

Al-Quran yang terdapat di Semenanjun­g Malaysia.

“Jika kita boleh wujud institusi seperti ini, Sarawak bakal menjadi tumpuan umat Islam kelak,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai berkata terdapat juga cadangan untuk menjadikan Sarawak sebagai tempat mencetak al-Quran.

“Tempat mencetak alQuran ketika ini hanya berada di luar Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa penganjur tilawah al- Quran meningkatk­an kualiti penganjura­n bagi memberi impak jangka panjang.

“Usaha ini penting bagi melahirkan qari dan qariah berkualiti pada pelbagai peringkat umur,” jelasnya.

Tambahnya, perpaduan umat perlu terus diberi perhatian bagi mengembang­kan syiar Islam di Sarawak.

“Umat Islam di negeri perlu mengelak perpecahan sebaliknya perlu terus bersatu dan mengukuhka­n perpaduan,” kata Dr Abdul Rahman.

Sementara itu, Kamil Majeni dinobatkan sebagai johan qari manakala Nur Syakura Mohd Musa muncul johan qariah.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pada Majlis Penangguha­n Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching di Kampung Telaga Air, malam kelmarin.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pada Majlis Penangguha­n Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching di Kampung Telaga Air, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia