Utusan Borneo (Sarawak)

36,106 pelajar Sarawak akan duduki peperiksaa­n SPM 2018

-

KUCHING: Seramai 36,106 pelajar di Sarawak telah mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang akan diadakan serentak di seluruh negara bermula 13 November hingga 13 Disember.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus, daripada jumlah tersebut, seramai 33,645 pelajar atau 93.18 peratus merupakan calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Sementara 1,063 atau 2.94 peratus merupakan calon sekolah menengah swasta dan 1,398 atau 3.88 peratus merupakan calon persendiri­an.

“Calon- calon berkenaan akan menduduki SPM di 275 pusat peperiksaa­n iaitu 212 pusat SMK, 13 pusat sekolah menengah swasta dan 50 pusat persendiri­an di seluruh negeri,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya semalam.

Pada masa yang sama, seramai 277 penyelia kawasan dan 2,140 pengawas telah dilantik untuk mengendali­kan peperiksaa­n SPM di sini.

Justeru, semua calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan atau kad perakuan serta Slip Kemasukan Calon semasa menduduki peperiksaa­n.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di talian 082-473507 atau 082473532.

Juga Unit Penilaian dan Peperiksaa­n Kuching di talian 082-240851 atau 082-242254, Samarahan (082-628177), Sri Aman ( 083- 322581), Betong ( 083- 472595), Sarikei ( 084- 651761), Sibu (084-332443), Mukah (084-872261 atau 084872252), Kapit (084796362), Bintulu (086330541), Miri ( 085416489) dan Limbang (085-211150).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia