Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Maulidur Rasul di Gedong bermula

-

GEDONG: Bahang kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 2018 Peringkat Kampung Gedong kini terasa apabila dua acara permulaan sempena sambutan itu telah diadakan sejak Jumaat lalu hingga kelmarin.

Dua acara itu ialah bengkel dan Bengkel Azan yang telah diadakan kelmarin dan acara Hafazan Al- Quran pada Jumaat lalu.

Kedua- kedua acara itu diadakan Surau Assyakirin Kanchong Baru Gedong.

Bengkel azan dibimbing Imam Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, Kuching Ustaz Mohd Khairul Zasmizam Mohd Bakhari.

Ustaz Mohd Khairul Zasmizam adalah lepasan Pusat Pengajian Taman Islam dan turut berkecimpu­ng dalam bidang rawatan Islam Ismak Ruqyah.

Beliau dibantu Guru AlQuran Masjid Al-Kawthar Gedong Sokat Bujang.

Dalam ucapan alu- aluannya pada acara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Maulidur Rasul 2018 Peringkat Kampung Gedong Ali Bujang melahirkan rasa bangganya atas sambutan penduduk dalam dua acara permulaan sambutan itu yang telah diadakan.

Ali berharap semua penduduk Kampung Gedong terus memberi kerjasama dalam semua acara sempena sambutan Maulidur Rasul 2018 Peringkat Kampung Gedong yang bermula 16 November ini dan berakhir Selasa 20 November.

Menurutnya, temasya sambutan Maulidur Rasul telah diadakan secara besar- besaran dan meriah bermula awal 1990-an iaitu ketika Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Haji Majais mula dipilih sebagai wakil eakyat di kawasan berkenaan.

“Sejak masa itu, Yang Berhormat Datuk Mohd Naroden terus memberi sokongan padu dalam menganjurk­an sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung pada setiap tahun.

“Turut memberi sumbangan ialah bekas-bekas Ahli Parlimen di kawasan Batang Sadong termasuk Ahli Parlimen Batang Sadong masa ini Datuk Seri Nancy,” katanya.

Beberapa acara lain yang akan turut memeriahka­n sambutan berkenaan ialah tilawah al-Quran, pertanding­an zikir marhaban, bacaan rawi, nasyid, pertanding­an pintu gerbang, sepanduk, ceramah agama dan perarakan kontinjen.

Semua acara ini akan diadakan di pekarangan Anjung Usahawan Gedong.

Manakala pintu gerbang berhias akan dibina di pintu masuk setiap kampung di kawasan Gedong.

Gedong mempunyai 11 surau dan sebuah masjid.

 ??  ?? KENANGAN: Ali (duduk, tiga kiri di barisan tengah) bergambar bersama peserta bengkel azan. Di sebelah kiri beliau ialah Ustaz Mohd Khairul Zasmizam.
KENANGAN: Ali (duduk, tiga kiri di barisan tengah) bergambar bersama peserta bengkel azan. Di sebelah kiri beliau ialah Ustaz Mohd Khairul Zasmizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia