Utusan Borneo (Sarawak)

Kesal dakwaan tidak berasas, Alan lapor polis

-

MIRI: Kesal dengan tuduhan dan dakwaan tidak benar mengenai dirinya, Senator Alan Ling malam kelmarin membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri di sini.

Dalam laporan polis yang dibuat jam 11.58 malam kelmarin, Alan mendakwa bahawa pemilik akaun Facebook yang menggunaka­n nama Alice Choo, menuduh Alan merosakkan telefon pintar milik suaminya selepas suaminya cuba menghalang Alan daripada terus berucap mengenai politik pada majlis anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam berkenaan.

Katanya selain tuduhan, gambar di tempat kejadian di mana majlis tersebut dianjurkan serta gambar profil akaun Facebook beliau turut ditular bersama tuduhan tersebut.

“Saya menafikan sama sekali tuduhan wanita tersebut (Alice Choo) yang dengan sengaja dan mempunyai niat jahat hendak menjatuhka­n maruah dan reputasi saya.

“Kesal dengan perkara tersebut dan bagi membersihk­an namanya atas tuduhan yang dilemparka­nnya (Alice Choo), maka saya membuat laporan polis,” katanya.

Menurut Alan lagi, pada awalnya beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu tetapi dimaklumka­n rakannya yang sedang melayari laman Facebook ketika itu.

“Saya sedang berada di rumah, berehat, apabila seorang kawan menghubung­i saya pada jam 11 malam memberitah­u mengenai tohmahan dan tuduhan yang dilemparka­n kepada saya dan menjadi tular dalam laman bual WhatsApp.

“Perkongsia­n awal men- genai isu itu dimuat naik buat pertama kalinya di laman sosial Facebook oleh seorang wanita yang menggunaka­n nama Alice Choo,” tambah beliau lagi.

Bagaimanap­un status yang dimuat naik wanita tersebut kemudianny­a telah dipadamkan, namun kenyataan yang telah dirakamkan beberapa pihak kemudian tular di media sosial.

 ??  ?? BERSIHKAN IMEJ: Alan menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya pada jam 11.58 malam kelmarin di Balai Polis Pusat Miri.
BERSIHKAN IMEJ: Alan menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya pada jam 11.58 malam kelmarin di Balai Polis Pusat Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia