Utusan Borneo (Sarawak)

Kekecohan, konflik, muslihat dalam pemilihan timbalan presiden mampu ubah pola landskap politik Malaysia

-

KUCHING: Pertarunga­n Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli perlu dilihat sebagai pertanding­an dalam keluarga besar Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata seorang penganalis­is politik.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, pelbagai kekecohan, konflik dan muslihat, khususnya dalam pemilihan timbalan presiden mampu mengubah pola landskap politik Malaysia.

“Sekiranya Azmin menang dikatakan laluan beliau bertambah cerah untuk menduduki jawatan timbalan perdana menteri, seterusnya sebagai perdana menteri selepas era Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri nanti,” kata Awang Azman kepada BERNAMA semalam.

Paling kurang pun, katanya kedudukan Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan semakin mantap dan stabil, sebaliknya jika Rafizi menang pula, kemungkina­n besar beliau akan dilantik dalam jawatan kabinet.

Awang Azman juga berpendapa­t bahawa pertanding­an Azmin dan Rafizi ini sengit kerana kedua-duanya mempunyai personalit­i politik yang kuat.

“Azmin dilihat menguasai struktur politik dan menunjukka­n prestasi apabila dilantik Menteri Besar Selangor serta berjaya mengemudi Selangor.

“Ada yang lihat Azmin diberikan peluang untuk membuktika­n keupayaan politiknya kerana tanpa Anwar yang di penjara, tak mungkin peluang itu diperoleh, manakala Rafizi mempunyai tarikan dalam kalangan anak muda dan mampu menggerakk­an Invoke yang mempunyai 25,000 keahlian sukarelawa­n,” kata Awang Azman lagi.

Menurut Awang Azman, walaupun tanpa jawatan politik, Rafizi mampu memberi saingan sengit kepada Azmin.

“Kekuatan Rafizi memanfaatk­an jentera Invoke, mempunyai pasukan yang bersemanga­t tinggi, kerja kuat, jentera wanita, kerja berpasukan namun mempunyai sumber kewangan yang terhad berbanding kem Azmin.

“Ini menyebabka­n pada saat akhir kumpulan Rafizi tercicir dari segi angka kemenangan satu demi satu, kecualilah ada perubahan pada saat akhir sekiranya penyokong Rafizi yang lari kembali kepada Rafizi,” tambah Awang Azman.

Azmin, katanya dengan perwatakan tenangnya dalam menghadapi pelbagai kritikan oleh Rafizi juga mempunyai pasukan dengan pelbagai strategi untuk menang.

Awang Azman berkata kedudukan kewangan kem Azmin juga dilihat lebih baik daripada pasukan Rafizi yang hendak menang tapi dana tidak banyak turun ke kawasan.

“Ketika ini Julau dilihat kubu terakhir Rafizi. Sekiranya Rafizi terus bertahan, tidak putus asa dengan pelbagai strategi lawannya maka Rafizi boleh menang tipis.

“Melaka dan Sabah yang berbaki dalam pemilihan juga mampu melengkapk­an sokongan terhadap Rafizi sekiranya tidak ada yang berpaling tadah pada saatsaat akhir.

“Namun sekiranya Rafizi menyerah kalah pada saatsaat akhir, kemenangan mudah akan memihak kepada Azmin Ali,” katanya.

Dalam konteks ini, Awang Azman berkata hanya PKR yang mampu menunjukka­n kebebasan dan kesuburan demokrasi dengan membuka pertanding­an pelbagai peringkat dan bersaing secara lebih sengit kerana PKR sudah ma- tang dan menjadi politik yang ampuh dan memasuki tahun ke-20 penubuhann­ya.

Beliau berpendapa­t selepas pemilihan, keretakan akibat pertanding­an ini akan disatukan dalam barisan parti yang kukuh oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, berdasarka­n sentimen kawasan, ternyata di atas kertas kemenangan lebih berpihak kepada Azmin buat masa ini. Apapun pemilihan terakhir di tiga cabang - Kuala Selangor, Pensiangan dan Tawau - semalam akan dapat menentukan sama ada Azmin atau Rafizi akan dinamakan timbalan presiden PKR.

Ketiga- tiga cabang ini merupakan antara 10 cabang PKR terakhir yang menjalanka­n pemilihan semalam. — Bernama

Sekiranya Azmin menang dikatakan laluan beliau bertambah cerah untuk menduduki jawatan timbalan perdana menteri, seterusnya sebagai perdana menteri selepas era Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri nanti. Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi Pensyarah Kanan Universiti Malaya

 ??  ?? KAMI PILIH: See (tengah) ditemani Narawi dan Yunus Ahmad Zaidi menyokong calon nombor dua iaitu penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
KAMI PILIH: See (tengah) ditemani Narawi dan Yunus Ahmad Zaidi menyokong calon nombor dua iaitu penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia