Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo, Roland menang tanpa bertanding Ketua Cabang PKR Miri, Baram

-

MIRI: Dr Michael Teo dan Roland Engan masing-masing menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri dan Baram pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Miri dimenangi Bolhan Salihi yang memperoleh 101 undi sekali gus menewaskan Christina Rimbor Kelit yang meraih 57 undi dan Wesley Ancho Mering dengan sembilan undi sahaja.

Naib Ketua Cabang dimenangi Churchil Chukan setelah mendapat 86 undi menewaskan Ricky Bakir (66 undi).

Sementara itu Timbalan Ketua Cabang PKR Baram dimenangi Boyce Ngau Anyi yang memperoleh 129 undi sekali gus menewaskan pencabar terdekat Paul Baya yang mendapat 114 undi.

Naib Ketua Cabang dimenangi Catherine Jok Uvang yang mendapat 129 undi, menewaskan Elias Lipi Mat yang meraih 111 undi.

Pemilihan jawatankua­sa PKR Miri diadakan di Kelab Gymkhana Miri manakala jawatankua­sa PKR Cabang Baram dilaksanak­an di Permy.

Keputusan turut menyaksika­n Rafizi Ramli memenangi dua cabang iaitu Miri dan Sibuti manakala penyandang jawatan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang Cabang Baram.

Bagi Cabang Miri, Rafizi memenangi 63 undi iaitu berbeza dua undi dengan Azmin mendapat 61 undi manakala Cabang Sibuti, Rafizi mendapat 42 undi manakala Azmin 15 undi.

Di cabang Baram, Azmin memperoleh 100 undi manakala Rafizi 97 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia