Utusan Borneo (Sarawak)

Baharuddin tidak akan ambil sebarang tindakan terhadap dakwaan Iswardy

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Stampin yang dipegangny­a sejak 2007 pada pemilihan parti di Ibu Pejabat Negeri di sini semalam.

Dua jawatan tertinggi lain bagi Cabang Stampin iaitu Timbalan Ketua Cabang dan Naib Ketua Cabang juga menyaksika­n tiada perebutan.

Kedua-dua jawatan yang menang tanpa bertanding itu masing-masing disandang Loo Chao Min dan Narawi Palay.

Sementara itu, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK) Cabang disandang Jeffery Mok Hui Chung juga menang tanpa pemilihan mengikut Peraturan Pemilihan Parti Perkara 6.4.

Jawatan Timbalan Ketua AMK Cabang dan Naib Ketua AMK Cabang juga tiada pemilihan masing- masing disandang See Xiang Hong dan Fareez Narani.

Sementara itu, Voon Shiak Ni juga menang tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita Cabang PKR Stampin yang disandangn­ya sejak 2007.

Juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita Cabang Stampin, masing- masing disandang Patricia Ainon Daweg dan Yuonie Sungong.

Pusat Pengundian di Ibu Pejabat Negeri PKR bagi Cabang Stampin diadakan hanya untuk Pemilihan Jawatankua­sa Pusat yang dibuka bermula jam 9 pagi hingga 4 petang melibatkan 538 ahli PKR Stampin yang layak mengundi.

Pemilihan PKR 2018 bagi Cabang Stampin berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. KUCHING: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petra Jaya Baharuddin Datuk Mokhsen tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap dakwaan Iswardy Morni yang dilaporkan terhadapny­a.

“Setakat ini saya tidak akan mengambil tindakan terhadapny­a. Apa jua tuduhan negatif yang dilemparka­n, saya terima dengan hati terbuka.

“Terpulang kepada dia untuk membuat laporan polis, sebab seperti yang saya tahu, kita akur dengan keputusan yang dibuat Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP),” katanya ketika ditemui media di Pusat Mengundi Cabang Petra Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, ‘kekeliruan tarikh’ yang dilaporkan secara meluas pada 10 November (Sabtu) disebabkan masalah teknikal.

“Masalah yang berlaku semalam ( 10 November) adalah disebabkan masalah teknikal. Anda tidak boleh menyalahka­n mana- mana pihak.

“Contohnya, JPP sudah memaklumka­n Cabang Bandar Kuching tentang pertukaran tarikh mengundi dari hari Ahad kepada Sabtu. Bagaimanap­un, Cabang Petra Jaya dimaklumka­n lebih awal lagi tentang pertukaran tarikh itu,” tegasnya.

Ketua Cabang PKR Petra Jaya yang memenangi pemilihan parti itu berkata, pasukannya menerima surat notis mengenai tarikh pemilihan daripada JPP pada 7 November.

“Surat itu bukan hanya kepada saya, tetapi seluruh cabang berkenaan yang disenaraik­an membuat pemilihan hari Ahad. Jadi kita bersedia mengikut prosedur operasi standard ( SOP) daripada parti,” katanya.

Bagaimanap­un beliau mengakui tindakan pencabarny­a, Iswardy Morni membuat laporan polis itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya selaku ahli yang senior dalam parti di Sarawak.

“Dia (Iswardy) berkata saya mempunyai ‘tangan magik’. Dakwaan itu salah sama sekali kerana saya tiada kuasa seperti yang digembar-gemburkan. Ini sangat menyedihka­n.

“Dia sepatutnya tidak menuding jari kepada saya kerana kejadian yang berlaku tiada kaitan dengan saya. Dia sepatutnya menyalahka­n JPP,” katanya sambil memberitah­u, pilihan raya parti yang sedang berlangsun­g adalah pertanding­an kekeluarga­an.

Pada 2 petang kelmarin, Iswardy telah membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, berhubung Pemilihan PKR Cabang Petra Jaya dengan mendakwa terdapat campur tangan daripada pihak tertentu menukar tarikh pemilihan.

 ??  ?? BAHARUDDIN MOKHSEN
BAHARUDDIN MOKHSEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia